The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Cristiano Ronaldo Raikan Anak Yatim Dari Lubnan

Encik Bakri pada December 19, 2015

MADRID: Cristiano Ronaldo Raikan Anak Yatim Dari Lubnan. Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo meraikan kehadiran seorang anak yatim dari Lubnan bernama Haidar di Stadium Santiago Bernabéu, di sini, semalam.

Haidar kehilangan kedua ibu bapa di Beirut bulan lalu dalam serangan yang didakwa dilancarkan oleh anggota kumpulan IS.

“Haidar, kanak-kanak tiga tahun yang hilang ibu bapa bulan lalu ketika kejadian bom di Beirut akan menyaksikan impiannya jadi nyata.

“Dia diberi peluang untuk berjumpa dengan idolanya, Cristiano Ronaldo,” menurut kenyataan kelab itu.

Gambar Ronaldo yang memakai sut dan tali leher sambil memeluk Haidar yang menyarung jersi Real nombor 7 turut disiarkan dalam laman web kelab itu.

cristiano-ronaldo-raikan-anak-yatim-dari-lubnan-haidar
Cristiano Ronaldo Raikan Anak Yatim Dari Lubnan Dan Memeluk Haidar

Sebelum itu, Haidar menerima hadiah jersi kelab daripada presiden kelab, Florentino Perez sambil diberi peluang untuk ke bilik trofi kemenangan kelab selain akan menyaksikan perlawanan antara Real menentang Rayo Vallecano, malam esok.

“Susulan daripada serangan ngeri di ibu negara Lubnan bulan lalu, cerita Haidar dan gambarnya akan disemat pada baju Real Madrid untuk menghadirkan kesedaran kepada dunia.

“Sejak kejadian itu, kelab cuba mendapatkan kanak-kanak berkenaan untuk menguruskan pertemuan bagi merealisasikan impiannya bertemu Ronaldo.” – AFP

Cristiano Ronaldo Raikan Anak Yatim Dari Lubnan (Gambar)

Gambar Cristiano Ronaldo raikan anak yatim dari Lubnan, Haidar yang juga peminat beliau diambil dari Laman Web Rasmi Real Madrid