Cristiano Ronaldo Mempunyai Badan Yang Berusia 23 Tahun

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo yang menjadi dambaan lelaki kunyit dan mampu memecahkan ovari kini sudah mencecah usia 33 tahun namun badannya kini menyerupai bada mereka yang berusia 23 tahun.

Ibarat naluri kewanitaan yang terperangkap dalam badan seorang lelaki maka jadilah pracampuran dan kekeliruan identiti seperti Sejat dan salah seorang penulis The Sukan bernama Eikrem.

Apakah faktor dan kriteria yang membuatkan tubuh Ronaldo seperti mereka yang berusia 23 tahun? Pandai membaca jawikah? Tamat darjah enam atau anda tiada masa untuk sakit kepala?

Barisan staf kejurulatihan Real Madrid telah menjalankan beberapa siri ujian ke atas badan Cristiano Ronaldo dan keputusan menunjukkan bahawa keadaan fizikal Ronaldo seperti mereka yang berumur 23 tahun.

Ronaldo juga sebelum ini telah memberitahu umum bahawa beliau akan bermain selama 8 tahun lagi sehingga berusia 41 tahun. Namun ejennya menyatakakan bahawa Ronaldo akan bersara bersama pasukan barunya, Juventus.

Merecik?

Ketua pasukan Portugal itu yang kini berusia 33 tahun yang sangat menitik berat menjaga badan telah mengakui perkaran ini.

"Secara biologinya aku seakarang berumur 23 tahun."

----

"I am now biologically 23 years old."

Dalam itu, turut didedahkan adalah kandungan lemak badan Ronaldo yang hanya ada 7% sahaja. Jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang lain secara purata mereka mempunyai kandunga lemak sekitar 10 atau 11%

Badan Ronaldo juga terbina dan terbentuk dengan begitu sado dengan jisim otot sebanyak 50% dan sekali lagi dibandingkan dengan pemain Profesional biasanya jisim otot mereka tidak akan melebih 46% sahaja.

Pada tahun lalu Ronaldo telah mengumumkan akan bersara pada umur 41 tahun dan ketika itu juga Ronaldo berkata beliau akan kekal bersama Real Madrid. Itu cerita tahun lepas la, sekarang dah bersama Juventus.

"Perasaan aku ketika ini amat menakjubkan. Perasaan ini adalah apa yang aku mimpikan selama ini. Buat masa sekarang, rancangan aku adalah untuk bersara pada umur 41 tahun tetapi ia mungkin agak sukar untuk dicapai."

"Aku tidak bercadang untuk menjadi jurulatih, tetapi seperti semua sedia maklum, manusia boleh mengubah fikiran. Tetapi buat masa sekarang, aku tidak mahu menjadi seorang jurulatih."

"Sudah tentu, aku mahu terus kekal disini, aku sayangkan kelab ini. aku gembira tinggal di Madrid. aku tinggal di sini sejak 2009 dan aku sukakan cuaca dan masyarakat di sini."

"Tambahan pula, Portugal agak dekat dari sini dan kamu boleh pergi ke sana dengan menggunakan kereta. Sepanyol merupakan negara yang sangat menakjubkan dan aku amat menyukainya."

Mesra bukan?

Luis Lavrador, yang merupakan Chef pasukan kebangsaan Portugal telah mendedahkan amalan diet Ronaldo ikuti selama ini yang dangat dicemburui oleh pemain lain dan membuatkan Ronaldo muda 10 tahun berbanding umur di Kad Pengenalan Portugal.

"Cristiano Ronaldo memimun minuman isotonik yang istimewa yang diadun dengan kandungan gula yang sedikit dan dicampur dengan karbohidrat untuk menggalakan rintangan, elektrolit dan vitamin B12 untuk melawan keletihan." Ujar Lavrador.

"Diet Ronaldo sangan kaya dengan protin dan memimun Wine sekali sehari dan memakan pelbagai jenis ikan yang merupakan makanan kegemaran Ronalda, buah-buahan segar, bijirin, salad dan daging panggang."

Maka tidak hairanlah Ronaldo mendakawa beliau akan bermain sehingga berusia 41 tahun. Ronaldo kini jelas mengalami kemerosotan sejajar dengan usianya tetapi masih berbisa.




Paparkan Komen