The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Cristiano Ronaldo Dinobat Sebagai Pemain Terbaik Eropah 2015/2016

Encik Bakri pada August 26, 2016

Cristiano Ronaldo, 31 tahun telah menerima majoriti undian sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2015-2016, mengatasi rakan sepasukannya di Real Madrid, Gareth Bale dan bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Anugerah ini kembali menjadi milik Ronaldo selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2013/2014. Cristiano Ronaldo meraih 40 undi daripada 55 orang pengundi yang merupakan Journalist yang dipilih daripada setiap ahli persatuan UEFA. 55 Journalist ini juga yang bertanggungjawab memilih senarai pemain untuk di calonkan. Akhirnya Ronaldo, Bale dan Griezmann masuk dalam 3 senarai akhir.

“Satu penghormatan yang hebat dan padu. Rakan sepasukan saya merupakan kunci kejayaan ini, mereka merupakan kunci kejayaan saya saban tahun. Segala usaha dan bekerja keras adalah mustahil untuk membuahkan kejayaan tanpa bantuan dari mereka. Terima kasih kepada rakan-rakan di Real Madrid dan Portugal.

“Saya telah memenangi UCL sebanyak 3 kali dan menjuarai EURO adalah sesuatu yang sangat berbeza kerana memenangi kejuaraan bersama Portugal adalah satu kemuncak dalam karier saya. BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT” Cristiano Ronaldo

cristiano-ronaldo-dinobatkan-sebagai-pemain-terbaik-eropah-20152016-bersama-griezmann-bale
Bale, Griezmann dan Ronaldo Tiga Calon Akhir Pemain Terbaik Eropah 15/16 – Sumber : FoxSport

Pemenang dipilih dalam satu undian secara langsung semasa undian peringkat kumpulan UCL semalam, 55 juri yang sama kemudian membuat undian memilih Ronaldo.
Keputusan penuh seperti di bawah.

Cristiano Ronaldo (Real Madrid/POR) 40
Antoine Griezmann (Atlético Madrid/FRA) 8
Gareth Bale (Real Madrid/WAL) 7

“Kami begitu gembira sekali kerana dua pemain Real menjadi antara yang terbaik di Eropah,” kata Presiden kelab tersebut, Florentino Perez.

Ronaldo menjaringkan 51 gol dalam 48 perlawanan pada musim lalu untuk Real yang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi naib johan La Liga di belakang Barcelona.
Penyerang Portugal itu juga memainkan peranan penting dalam kejuaraan pasukan kebangsaannya pada Euro 2016 baru-baru ini.

Liga Sepanyol: 36 penampilan, 35 gol, 11 bantuan gol
UEFA Champions League: 12 penampilan, 16 gol, 4 bantuan gol
UEFA EURO 2016: 7 penampilan, 3 gol, 3 bantuan gol


Download aplikasi The Sukan di Google Play