Cristiano Ronaldo Cipta Sejarah Baru Liga Juara-juara

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Siapa tak kenal Cristiano Ronaldo - berbadan ketak, mesra dengan peminat, memiliki koleksi kereta mewah di istananya, mempunyai senarai teman wanita yang cantik dan juga mempunyai jenama seluar dalam sendiri. Itu cerita di luar padang.

Di dalam padang, Ronaldo merupakan seorang penyerang yang cukup prolifik dan menjaringkan gol adalah hobinya. Bak kata orang Jawa, Ronaldo menjaringkan gol nyambil-nyambil sahaja.

Dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-juara semalam, Ronaldo telah mencipta sejarah baru eropah. Dua gol daripadanya semalam menjadikan jumlah jaringan Ronaldo dalam pertandingan kelab peringkat eropah kepada 100 gol!

Kemenangan Real Madrid di tempat lawan semalam menjadikan pintu untuk mereka melangkah ke separuh akhir terbuka luas, dan Ronaldo pastinya akan terus mengganas merobek kubu pihak lawan untuk mendapatkan gol ke 100 peribadi dalam Liga Juara-juara sahaja.

Seperti kata pengulas perlawanan Bayern menentang Real Madrid selepas Ronaldo menjaringkan gol pertama semalam, Ronaldo hanya memerlukan ruang sebesar setengah inci untuk menjaringkan gol. Cukup tajam!

https://www.facebook.com/410789172616662/videos/410790639283182/

Meskipun telah menjaringkan ratusan gol, ada satu kelemahan Ronaldo yang telah dikenalpasti - dia tidak kreatif dalam meraikan gol. Kenapa perlu dia meniru Amri Yahyah atau Safiq Rahim untuk meraikan gol? Tak boleh kah Ronaldo mengupah konsultan untuk merekacipta satu sambutan gol yang baru dan berbeza daripada orang lain?

Kelakar?




Paparkan Komen