Cristiano Ronaldo Ahli Sukan Yang Menerima Bayaran Paling Tinggi 2017

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Bintang bola sepak paling sensasi di dunia termasuk di Macedonia dan Sri Lanka, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai ahli sukan yang menerima bayaran paling tinggi bagi tahun 2017, dua tahun berturut-turut Ronaldo muncul sebagai atlit paling kaya.

Dalam tempoh 12 bulan yang lalu sebanyak RM396.41 juta ($93 juta) telah masuk ke akaun bank Cristiano Ronaldo. Selain kekayaan dalm tempoh 12 bulan ini juga Ronaldo telah merangkul pelbagai kejayaan dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

Kontrak Bersama Real Madrid

Pada penghujung tahun lalu, Real Madrid telah melanjutkan kontrak Ronaldo selama 4 tahun dan Ronaldo akan menikmati bayaran lebih daripada RM213.13 juta ($50 juta) setahun. Korang kali je 4, dapat la jumlah untuk 4 tahun.

Satu perkara yang jarang berlaku dalam dunia sukan apabila satu kontrak jangka panjang ditawarkan kepada pemain yang berusia hampir 32 tahun terutamanya kepada pemain yang mempunyai sejarah dengan isu kecederaan dan mengalami penurunan prestasi dalam tempoh beberapa tahun ini.

Real Madrid memberi kontrak selama 4 tahun kepada Ronaldo adalah sesuatu yang gila kerana Ronaldo sudah melepasi usia 30an. Tapi nilai komersil yang ada pada Ronaldo membuatkan Real Madrid menjadi gila.

Penajaan Dan Jenama Sendiri

Ronaldo juga telah menandatangani kontrak seumur hidup bersama Nike yang bernilai RM4.26 bilion ($1 bilion) dan ada sumber melaporkan Ronaldo akan menikmati sekitar RM190 juta ($45 juta) setahun.

Tahun ini sahaja Ronaldo menikmati gaji dan bonus sebanyak RM247.23 juta ($58 juta) dari Real Madrid. Selain Nike, Ronaldo juga mempunyai kontrak bersama produk lain seperti Power Cat Meow Meow, Tag Heuer, Herbalife, Abbott Labs dan lain-lain.

Ronaldo juga telah menggunakan jenamanya sendiri CR7 untuk menhasilkan produk dan perkhidmatan seperti seluar dalam, minyak wangi, seluar jean, ayam pasu, Aiskrim pasu dan beberapa biji hotel sebagai persediaan menghadapi persaraan.

Media Sosial

Penajaan mendapat hasil yang padu daripada pengikut Ronaldo yang seramai 277 orang di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Akaun Facebook Ronaldo sahaja sudah mempunyai121 juta pengikut dan Ronaldo hanya perlu post dengan menyebut atau meletakkan nama penaja sahaja.

Pada tahun 2016, post Ronaldo dengan tajaan Nike sahaja membolehkan Nike menjana $500 juta dari segi nilai media. Tak macam korang dan penulis sendiri, buat status nak dapat 5 like pun susah. Dapat like ke-6 pun sebab sendiri tekan.

Senarai Atlit Paling Tinggi Pendapatan Tahun 2017

Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes ini mengambil kira dari segi pendapatan, bonus dan hadiah kemenangan bagi tempoh 12 bulan iaitu dari 1 Jun 2016 sehingga 1 Jun 2017. Pendapatan dari penajaan, yuran kemunculan dan perlesenan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari pemain industri sendiri.

Segala cukai dan yuran ejen tidak ditolak dari pendapatan yang diperolehi pemain. Pelaburan dari yang dibuat oleh ahli sukan jugak tidak diambil kira. Jadi pendapatan yang diperolehi atlit ini adalah lebih dari apa yang dilaporkan.

Atlit yang termasuk dalam senarai 100 tertinggi ini berasal dari 21 negara berlainan. Atlit Amerika Syarikat mendominasi carta dimana 63 orang tersenarai dari NBA. NFL dan MLB.

Gambar : Forbes

Sumber : Forbes




Paparkan Komen