The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Crespo : Higuan Lebih Berbaloi Berbanding Pogba

Encik Bakri pada September 5, 2016

Bekas penyerang Chelsea dan Inter Milan, Hernan Crespo menyatakan bahawa Juventus telah membuat keputusan yang lebih logik dan masuk akal dengan menandatangani Gonzalo Higuan dari Napoli pada harga €90 juta jika dibandingkan dengan bayaran Manchester United sebanyak €110 juta bagi mendapatkan Paul Pogba dari Juventus.

Gergasi Italy itu mendapatkan Higuan dari kelab musuh Napoli dengan nilai perpindahan yang ke-4 termahal dalam sejarah sebelum menjual Pogba kepada United dengan perjanjian terbesar dalam sejarah sepanjang zaman pada harga yang pecoh muko dan pecoh palo.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu percaya Juventus melalukan perkara yang masuk akal dengan menandatangi rakan senegaranya itu berbanding dengan United lakukan sehingga memecah rekod perpindahan dunia.

“Dalam dunia takkan ada orang yang memberi anda sesuatu dengan percuma terutama dalam dunia sepak terajang bolasepak” kata Crespo kepada La Nacion

“Jika Juventus membayar sebanyak itu untuk mendapatkan Higuan dari Napoli maka memang Higuan selayaknya dengan nilai tersebut.

“Pada pendapat saya, teramatlah logik untuk membayar harga €90 juta untuk seorang penyerang yang menjaringkan 36 gol semusim. Amat masuk akal jika dibandingkan dengan bayaran €110 juta yang Manchester United bayar untuk mendapatkan Pogba.

“Saya mengatakan perkara ini dengan penuh rasa hormat saya kepada Lelaki Perancis itu (Pogba), yang sememangnya seorang pemain tengah yang handal lagi power.”

Higuan, 28 tahun telah menjaringkan 36 gol dalam 35 perlawanan liga untuk Napoli musim lepas. Gol terbanyak pernah dijaringkan semusim dalam sejarah Serie A. Higuan telah menjaringkan gol kemenangan 2-1 Juventus keatas Fiorentina pada perlawanan pembukaan musim ini.


Download aplikasi The Sukan di Google Play