Coutinho Menyorok di Belakang Tembok Untuk Menghalang Eriksen

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Kerap kali kita lihat benda-benda pelik dan menarik di Liga Perdana Inggeris, antaranya ialah rambut berlainan Pogba untuk setiap perlawanan, Sanchez menjaringkan gol menggunakan tangan, Chelsea di tangga teratas liga dan juga Gerrard tersungkur di pintu mahligai.

Malam tadi satu lagi peristiwa menarik berlaku ketika perlawanan antara Liverpool dan Tottenham Hotspur di Anfield di mana pemain yang tak berapa dikenali di Brazil, Philippe Coutinho telah melakukan sesuatu yang baru di Liga Inggeris.

Sebelum ini teknik tersebut telah dilakukan di negara-negara lain namun masih belum dilakukan di England. Slowpoke.

Ketika pemain tengah Spurs, Christian Eriksen sedang membuat persediaan untuk mengambil tendangan percuma dari jarak kira-kira 18 meter, Coutinho pula melakukan persediaan dengan menyorok di belakang tembok.

Tujuannya hanya satu - tidak akan membenarkan Eriksen menendang bola leret.

Teknik menghalang tendangan percuma oleh Coutinho

Coutinho berlari ke belakang tembok

Kedudukan Coutinho mungkin dapat dilihat oleh Eriksen

Akhirnya Eriksen terpaksa menendang bola ke atas dan ke luar stadium

Pandangan dari sudut berbeza

Bola melambung jauh

Ketika Coutinho berada di belakang tembok, pasti dia berharap tiada pemain yang kentut.




Paparkan Komen