CONMEBOL Mengumumkan Chapecoense Sebagai Juara Copa Sudamericana 2016

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 tahun yang lalu

Chapecoense kelab yang terlibat dalam nahas pesawat dalam perjalanan perlawanan akhir yang mengorbankan hampir keseluruhan pasukan termasuk pihak pengurusan dan media telah diumumkan sebagai juara Copa Sudamericana 2016.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan(CONMEBOL) telah mengumumkan keputusan ini melalui laman Facebook rasmi mereka. Selepas berlaku nahas finalis Copa Sudamericana 2016, Atletico Nacional telah membuat permohonan kepada CONMEBOL untuk serahkan gelaran juara kepada Chapecoense.

Atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Atletico Nacional, CONMEBOL telah menganugerahkan kelab tersebut dengan hadiah istimewa iaitu "Centenario Conmebol al Fair Play".




Paparkan Komen