Claudio Ranieri Dipecat!

Eikrem 5 bulan yang lalu

Jurulatih yang membawa Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam sejarah mereka, Claudio Ranieri telah dipecat selepas tewas kepada 2-1 kepada Sevilla dalam perlawanan pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara UEFA. Pemecatan ini berlaku hanya 298 hari selepas The Foxes menjulang liga.

Setakat ini, Leicester City berada di kedudukan ke 17 liga, satu mata di atas Hull City yang menghuni tangga ke-18.

Sebenarnya kejatuhan Leicester City telah tercetus sebelum liga bermula lagi. Sebelum perlawanan Piala Sumbangsih menentang Manchester United pada bulan Ogos, Ranieri kelihatan tidak gembira dengan tindakan pemilik kelab yang menghadiahkan kereta Mercedes kepada setiap pemain. Baginya, tindakan ini seolah-olah meletakkan pemain dalam keadaan masih terbuai-buai dengan kejayaan musim lalu, dan bukan fokus untuk permulaan musim baharu.

Ketika pra musim di Amerika Syarikat pada musim panas lalu, Leicester City telah dibelasah Paris Saint Germain 4-0, namun para pemain telah memilih untuk menikmati gaya hidup selebriti berbanding memperbaiki kesilapan untuk musim baru, dan ini telah merisaukan Ranieri.

Berikutan pemecatan ini, Jose Mourinho telah memuat naik status di Instagram dengan ayat yang boleh mengalirkan air mata.

Meskipun baru dipecat, Ranieri dikhabarkan sudah mula dirisik oleh kelab-kelab Itali kerana pengalaman dan pengetahunannya yang amat bernilai. Sementara di King Power, beberapa nama jurulatih telah dipertimbangkan untuk menggantikan Ranieri antaranya ialah Roberto Mancini, Alan Pardew, Kar Heinz Weigang dan juga Nigel Pearson.