The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Claudio Bravo – Penjaga Gol Terpendek di Liga Perdana Inggeris

Eikrem pada August 26, 2016

Pep Guardiola telah sah membeli penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo dengan nilai perpindahan GBP17.1 juta untuk menggantikan Joe Hart sebagai penjada gol nombor satu The Citizens. 

Dari segi ketinggian, Bravo, yang berasal dari Chile, adalah merupakan penjaga gol paling pendek di EPL, dengan ketinggian hanya 6 kaki, bersamaan 1.8 meter, dan ketinggian sama dimiliki penjaga gol Middlesborough, Victor Valdes dan Michel Vorm, yang bemain untuk Tottenham Hotspur.

Memang diketahui ramai bahawa Guardiola amat sukakan taktik posession football dan ini memerlukan penjaga gol yang mempunyai kawalan bola yang bagus dan Guardiola tidak nampak kelebihan ini di dalam jiwa nurani Joe Hart.

Joe Hart bagaikan sudah tiada tempat di Manchester City | Gambar : thesun.co.uk
Joe Hart bagaikan sudah tiada tempat di Manchester City | Gambar : thesun.co.uk

Antara penjaga gol terbaik sebagai ball playing goalkeeper ialah Manuel Neuer dan David De Gea.

Berikut adalah senarai ketinggian beberapa penjaga gol di EPL.

carta ketinggian - skyports
Senarai ketinggian penjaga gol EPL. | Gambar : SkySports

Download aplikasi The Sukan di Google Play