Clattenburg : Liverpool Tak Perlu Bising Penalti Yang Diberi Kepada Napoli

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Perlawanan antara Napoli dan Liverpool telah mencetuskan kontroversi ekoran sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Napoli yang pada pandangan Jurgen Klopp itu bukan satu penalti namun tidak bagi bekas pengadil Premier League Mark Clattenburg.

Menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu, Napoli dan Liverpool mempamerkan aksi yang memenuhi jangkaan ramai lagi menghiburkan.

Napoli bermain dengan berada digarisan tinggi dan lebih pula seperti biasa bermain dengan aksi bertekanan tinggi. Dah macam periuk bunyinya.

Perlawanan rancak disajikan pada separuh masa pertama walaupun tiada gol yang terhasil di mana benteng pertahanan kedua-dua pasukan bermain sangat baik dan penuh berdisiplin.

Pada minit ke-80 Andy Robertson telah mejatuhkan Jose Maria Callejon dalam kotak penalti dan itulah yang ternampak di mata pengadil lalu tanpa teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Video Assistant Referee(VAR) tidak menjadi rujukan pengadil kerana di mata penyokong Liverpool, Callejon telah melakukan satu simulasi iaitu dengan menerbangkan badan.

Dries Merten menyempurnakan sepakan penalti dengan satu nafas dengan satu sepakan kencang dan sepenuh hati tanpa rasa was-was untuk meletakkan Napoli di depan.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Jurgen Klopp tidak gembira dengan penalti yang diberikan kepada Napoli, dan mempersoalkan kenapa tiada VAR digunakan?

Klopp merasakan penalti itu menjadi ‘turning point’ kepada kekalahan Liverpool.

"Satu perlawanan yang seimbang dan juga satu kekalahan yang menyakitkan kerana kita ada beberapa peluang dalam perlawanan ini."

"Perlawanan ini terbuka dan banyak serangan balas daripada kedua-dua pasukan. Namun malangnya kami tidak menyempurnakan peluang yang kami miliki."

"Pada separuh masa kedua, perlawanan ini menjadi lebih gila. Mereka berlari dan kami juga berlari sepanjang masa."

Klopp kemudian kehairanan, kenapa pihak pengadil dan VAR menolak untuk melakukan tinjauan semula untuk insiden penalti.

"Aku tak rasa itu adalah penalti. Apa yang aku boleh katakan, pada pandangan aku, jelas sekali tiada penalti untuk insiden seperti itu."

"Beliau melompat sebelum sebarang sentuhan terkena beliau. Namun kami tidak ada kuasa mengubah keputusan pengadil."

Namun pandang Jurgen Klopp itu telah disangkal oleh pengadil berpengalaman lagi power, Mark Clattenburg yang menyatakan insiden itu adalah satu penalti dan tidak perlu diperdebatkan lagi. Buat bising je.

Mark Clattenburg percaya Felix Brych telah membuat satu keputusan yang betul di mana Andy Robertson telah membuat sentuhan ke atas Jose Callejon.

"Maaf peminat Liverpool tapi itu memang penalti. Andrew Robertson telah melakukan satu terjahan ke atas Jose Callejon dalam kotak penalti dengan kaki dan tiada sentuhan dengan bola."

"Selepas terjahan dibuat, kaki Robertson telah menyetubuhi Callejon dan terjadilah satu sentuhan dengan paha."

"Pengadi dari Jerman, Felix Brych telah menghadiahkan penalti. Video Assitant Referee(VAR) segera menyiasat jika ada sentuhan."

"Ulang tayang daripada sudut berbeza menunjukkan ada sentuhan, maka keputusan asal Brych tidak berubah."

"Satu keputusan yang tepat telah dibuat dan Dries Merten menyempurnakan sepakan."

Pandangan daripada seorang pengadil profesional ini tak mungkin akan merubah pendapat Klopp dan penyokong Liverpool yang tidak dapat menerima hakikat seolah-olah mereka tak mungkin kalah.

Paling tidak pun Mark Clattenburg akan dituduh try hard untuk memalukan Liverpool.



Paparkan Komen