Chelsea Penggelecek Terbaik di Eropah

Eikrem oleh Eikrem 8 bulan yang lalu

Chelsea telah dinobatkan sebagai pasukan penggelecek terbaik sehingga 31 Disember 2016 untuk musim ini menurut Opta - sebuah badan pengkaji dan merekod data statistik bola sepak.

Menurut Opta, syarat sah menggelecek ialah - seorang pemain tersebut perlu membawa bola melepasi seorang pemain lawan tanpa kehilangan bola, dan di antara pasukan yang bermain di liga teratas eropah, Chelsea unggul di tangga teratas dengan purata 14.7 gelecekan setiap perlawanan, diikuti Barcelona dengan 14.3. Tottenham - agak mengejutkan - berada di tangga ketiga dengan 13.2 gelecekan.

Tiga pasukan penggelecek terbaik [1]

Carta palang di bawah menunjukkan senarai sepuluh teratas pasukan penggelecek terbaik eropah setakat ini dan adalah tidak mengejutkan pasukan seliaan Jose Mourinho tiada dalam senarai ini.

Sepuluh pasukan penggelecek terbaik [2]

Kenapa Chelsea boleh menduduki tangga teratas senarai ini?

Jawapannya ialah Hazard yang menyumbang secara purata 4.9 gelecekan berjaya untuk setiap perlawanan.

Hazard yang berbahaya!

Mmmmm...Auuuuuuwwwwww

Nota :

[1,2] - Dipetik dari Mirror Football




Paparkan Komen