Chelsea Mula Perbincangan Untuk Melantik Rafa Benitez Sebagai Pengurus Seterusnya

Izuddin oleh Izuddin 5 hari yang lalu

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilaporkan telah memulakan perbincangan untuk melantik Rafa Benitez sebagai pengurus mereka yang seterusnya.

Buat masa sekarang, Maurizio Sarri masih lagi memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Chelsea dan pihak kelab masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masa depan pengurus berasal dari Itali itu.

Kenapa Chelsea suka recycle pengurus ?

Sarri dilaporkan sangat berminat untuk kembali ke Itali untuk menguruskan Juventus dan telah menyatakan niatnya kepada pihak atasan Chelsea.

Kontrak Benitez pula akan tamat pada hujung bulan ini dan Newcastle masih belum mencapai sebarang persetujuan dengan Benitez mengenai lanjutan kontrak.

Billionaire Arab yang juga saudara kepada pemilik Manchester City, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan telah melakukan tawaran berjumlah £350 juta untuk membeli Newcastle dari pemilik sekarang, Mike Ashley.

Sarri berminat melatih Juventus. Mana taknya, setiap musim confirm dapat title juara liga

Jika segalanya berjalan lancar, Sheikh Khaled dilaporkan sedang menimbang untuk mencari pengurus yang baru, dan mengenal pasti Jose Mourinho sebagai salah satu calon untuk menguruskan Newcastle musim hadapan.

Tuttosport melaporkan Chelse lebih daripada gembira untuk melepaskan Sarri tetapi pemilik kelab, Roman Abramovic mahu pengganti dicari terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan Sarri.

Akhbar dari Itali itu juga melaporkan perbincangan di peringkat atasan akan berlaku dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut mengenai kemungkinan Benitez kembali bergelar pengurus Chelsea.

Benitez sempat bergelar pengurus Chelsea selama 5 bulan selepas menggantikan Roberto Di Matteo pada November 2012. Beliau kembali menstabilkan skuad The Blues dan mereka berjaya menduduki tangga ke-3 pada musim tersebut selain menjulang trofi Europa League.

Suatu ketika dahulu, Benitez dikecam penyokong Chelsea

Namun begitu, Benitez bukanlah individu yang popular dalam kalangan penyokong The Blues. Pelbagai papan tanda dinaikkan di dalam stadium pada ketika itu untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap pelantikan Benitez walaupun sebagai pengurus sementara.

Kemarahan penyokong Chelsea terhadap Benitez mungkin berkait rapat dengan pertalian beliau dengan Liverpool, dimana pasukan bimbingan beliau sering menyingkirkan Chelsea dari saingan Liga Juara-Juara Eropah sebelum itu.




Paparkan Komen