Chelsea Dikecam Kerana Lupa Memakai Lilitan Hitam Dan Tindakan Moses Menambah Lagi Kecaman

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Chelsea bukan sahaja tewas kepada Arsenal di perlawanan akhir tetapi juga menerima kecaman pada separuh masa pertama kerana lupa untuk memakai lilitan lengan berwarna hitam sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan di Manchester Arena.

Pada separuh masa kedua pemain Chelsea kembali ke padang dengan lilitan di lengan. Kemudian Victor Moses dibuang padang pada minit ke-68 kerana melakukan simulasi yang kelakar sekaligus menerima kad merah.

Photo: Laurence Griffiths/Getty Images

Moses telah menerima kad kuning pertama 11 minit sebelum itu, dek kerana terjunannya yang tidak masuk akal Moses mengutip kad kuning kedua. TIdak habis disitu tindakan dari Moses telah mencetuskan kontroversi dan mengundang kecaman.

Kerana kecewa dengan kad diterima, Moses telah membaling lilitan lengan hitam itu sebelum masuk ke terowong dan tindakan itu nyata mengundang kemarahan kerana dianggap tidak menghormati mangsa kejadian serangan di Manchester Arena.

Dalam kejadian serangan pengganas Isnin lalu itu, seramai 22 orang meninggal dan upacara bertakafur selama seminit telah diadakan sebelum perlawanan bagi menghormati mangsa.

Photo: Getty Images Europe

Dengan kad merah di perlawanan akhir ini, Moses menyertai Chris Smalling (2016), Pablo Zabaleta (2013), Jose Antonio Reyes (2005) dan Kevin Moran (1985) sebagai pemain yang dibuang padang di perlawanan akhir Piala FA.

Tetapi Moses satu-satunya pemain dalam senarai itu dibuang padang kerana melakukan terjunan.

Memalukan!




Paparkan Komen