The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Chelsea Dan Arsenal Didenda Akibat Gagal Kawal Pemain

Encik Bakri pada October 10, 2015

London: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mendenda Chelsea dan Arsenal atas tindakan luar kawalan pemain masing-masing ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stamford Bridge, bulan lalu.

Dalam perlawanan itu, dua pemain Arsenal Gabriel dan Santi Cazorla dilayangkan kad merah pada pertembungan yang menyaksikan Chelsea menang 2-0.

Begitupun, kad merah diterima Gabriel dibatalkan FA manakala penyerang Chelsea Diego Costa digantung tiga perlawanan selepas didapati bersalah mencetuskan perbalahan dengan pertahanan Arsenal Laurent Koscielny dan insiden berkenaan mengakibatkan kedua-dua kelab didenda kerana gagal mengawal pemain masing-masing.

“Selepas Jawatankuasa Peraturan Bebas mendengar kes itu, Chelsea dan Arsenal masing-masing didenda £40,000 (RM252,000) dan £30,000 (RM189,000) selain diberi amaran supaya tidak mengulangi perkara sedemikian kerana menyalahi Peraturan E20 FA Inggeris,” kata kenyataan dikeluarkan semalam.

“Denda itu dikenakan kerana kelab terbabit gagal memastikan pemain mereka mematuhi peraturan dalam insiden yang berlaku pada minit ke-44 dan 47 perlawanan di Stamford Bridge pada 19 September lalu.

“Jawatankuasa Peraturan Bebas turut mengambil kira rekod disiplin lampau kedua-dua pasukan sebelum memutuskan denda berkenaan.” – AFP

Insiden Membabitkan Costa Dan Gabriel


Download aplikasi The Sukan di Google Play