The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

BPL 2015-16 – Chelsea Bakal Juara? Atau Sekadar Top 4?

Eikrem pada August 4, 2015

10 minggu lepas, Chelsea berjaya menjulang Liga Perdana Inggeris yang ketiga bersama Jose Mourinho. Kini kurang seminggu sahaja lagi untuk tirai 2015-16 dinaikkan!

Untuk mempertahankan kejuaraan, Chelsea setakat ini hanya membawa masuk Falcao, penyerang yang gagal pada musim lepas, dan Asmir Begovic, seorang keeper yang cemerlang di Stoke City untuk memberikan cabaran kepada Thibout Curtois.

Baca : Jadual BPL 2015/2016

Manchester City pula berbelanja 49juta GBP untuk mendapatkan Raheem Sterling, yang pada pra-musimnya kelihatan sangat tajam dan garang, akan tetapi barisan pertahanan tampak goyah, dan kelemahan ini didedahkan dengan kekalahan besar di tangan Real Madrid dan kelab Jerman, VFB Stuttgart.

Manchester United pula berbelanja besar, hampir 150j GBP untuk lima pemain. Arsenal berjaya menyelesaikan masalah di gawang dengan mendapatkan Peter Cech dari Chelsea.

Liverpool seperti biasa berbelanja ramai pemain, dan bakal menimbulkan masalah keserasian di kalangan mereka. Tottenham Hostpur pula terlalu bergantung kepada Harry Kane pada musim lepas, dan setakat ini tiada lagi penyerang kelas dunia yang dibawa masuk ke White Hart Lane.

Jadi siapa akan menjuarai liga? Siapa yang bakal tersingkir? Berikut adalah ramalan Daily Sukan.

Episod 1 : Ramalan Kedudukan Akhir EPL musim 2015-16

10 – Stoke

xxxx during the Barclays Premier League match between Leicester City and Stoke City at The King Power Stadium on January 17, 2015 in Leicester, England.
Bojan Krkic berjaya menyesuaikan diri dengan EPL dalam musim pertamanya

Sewaktu era Tony Pulis, Stoke dilihat sebagai pasukan ragbi yang beraksi di EPL. Mereka lebih banyak berada di belakang bola dan menggunakan kekuatan fizikal pemain-pemain mereka untuk memenangi bola dari pihak lawan dan seterusnya melancarkan counter attack.

Tetapi, di bawah kendalian Mark Huges, corak permainan Stoke dilihat telah menambah rencah serangan dan menjadi lebih menarik, walaupun mengekalkan tradisi counter attack dan hasilnya dapat dilihat dalam perlawanan terakhir liga apabila mereka membelasah Liverpool 6-1.

Tambahan pula, Huges telah berjaya menambat Ibrahim Affelay yang kini dalam misi mencari rentak kehebatan semula setelah kecewa menjadi pemain sambilan di Barcelona. Ini mungkin akan menambahkan lagi rencah kecantikan permainan The Potters pada musim baru ini.

Tangga ke-10 buat Stoke.

9 – Everton

LIVERPOOL, ENGLAND - AUGUST 03: Ross Barkley of Everton during the Pre-Season Friendly between Everton and Porto at Goodison Park on August 3, 2014 in Liverpool, England. (Photo by Dave Thompson/Getty Images)
Everton akan naik lebih tinggi jika Ross Barkley dapat kembali ke prestasi puncak

Musim pertama Roberto Martinez berjaya melonjakkan kelab Liverpool ini ke tangga ke enam, lebih tinggi dari Manchester United.

Namun situasi berubah musim lalu apabila Romelu Lukaku gagal menjaringkan gol seperti musim sebelumnya, akibat kecederaan dan tidak konsisten.

Kemasukan Tom Cleverley mampu memperkemas corak permainan Everton, tambahan pula pemain Barcelona Gerard Deolofoue telah bersetuju untuk berpindah secara kekal di Goodison Park.

Namun perancangan Martinez mungkin akan terencat sekiranya pengerusi Everton Bill Kenwright bersetuju untuk menjual pemain utama mereka yang menjadi pujaan pasukan lain – James McCarthy (Spurs), Seamus Coleman (West Ham) dan John Stone (Chelsea).

Jika Ross Barkley mampu mengulangi prestasi 2013-14, Everton akan mendaki lebih tinggi dari tangga ke-9.

8th – Swansea City

Garry-Monk
Monk berjaya membawa Swansea secara konsisten dengan permain menarik

Gary Monk – bermain bersama Swansea City dari waktu The Swans bermain di liga divisyen ke empat, Football League 2. Bersamanya pasukan ini bangkit sehingga berjaya bermain di EPL di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Setelah mengambil alih dari Michael Laudrup, Monk berjaya membentuk pasukan Swansea yang berdisiplin di padang, dan sentiasa bersemangat.

Gyfli Sigurdsson telah cemerlang selama dua musim dan mungkin akan lebih mantap berganding dengan Andre Ayew yang baru dibawa masuk dari Marseille.

Ki-Seung Yung dan Jonjo Shelvey – dua tonggak tengah menyerang sekali lagi bakal menjadi senjata di bahagian tengah Swansea. Ketiadaan Wilfred Bony dilihat memberi impak positif kepada Bafetimbi Gomis dan pemain ini berjaya menjaringkan gol secara konsisten menuju ke akhir musim lalu.

Tangga ke-8 bakal menjadi titik kebangkitan jangka panjang kelab Wales ini.

Baca juga : Swansea memberi tiket percuma

7 – Southampton

koeman
Ronald Koeman membuat kejutan besar musim lalu bersama Soton

Southampton telah memenangi perlawanan pertama di peringkat Eropah dalam tempoh lebih 30 tahun pada minggu lalu, dan mereka berkemungkinan besar akan berjaya layak ke peringkat kumpulan.

Persoalannya, apakah kesannya terhadap pasukan yang memberikan kejutan besar pada musim lepas ini?

Morgan Schneiderlin dan Nathaniel Clyne menjadi pemain terbaharu yang dijual. Namun, kehadiran pemain baru seperti Cedric Soares dan Martin Stekelenberg, di samping pemain muda yang semakin meningkat naik seperti James Ward-Prowse dan Matt tergett mampu memberikan kekuatan kepada Soton untuk bermain pada tempo tinggi dan menyerang seperti musim lalu.

Tangga ke-7 boleh dikira saguhati buat the Saints, di sebalik kesibukan Liga Europa.

6 – Tottenham

Kane-Tottenham-goal-256770
Siapa yang boleh manjaringkan gol buat Spurs selain Harry Kane?

Harry Kane! Harry Kane again! Harry Kane scored again!

Begitulah gamaknya pengulas untuk perlawanan melibatkan Spurs musim lalu. Tetapi, adakah Kane mampu mengulanginya pada musim ini?

Ramai pemain yang telah menjadi ‘one-season-wonder’ seperti Chicharito dan Ross Barkley.

Roberto Soldado dikatakan bakal dijual, Emmanuel Adebayor telah menyertai Aston Villa. Situasi ini menempatkan Spurs di kedudukan tiada penyerang hebat selain Harry Kane. Kemasukan Tobi Alderwireld untuk bergandingan dengan rakan senegara, Jan Vertonghen dijangka akan memperkemas benteng pertahanan Spurs.

Mouricio Pochettino perlu berbelanja untuk menambah pemain yang berkualiti terutanaya di bahagian serngan untuk menjadi pencabar utama liga.

Tangga ke-6 agak realistik buat skuad London ini.

5 – Liverpool

BR
Brendan Rodgers dipuja pada musim 2013-14, namun dicerca pada musim 2014-15

Benteke, Firmino, Ings menambahkan lagi senarai penyerang dimiliki kelab Merseyside ini – Balotelli, Sturridge, Ibe.

Kesilapan Brendan Rodgers pada musim lalu ialah membeli pemain dengan begitu ramai sehinggakan menimbulkan ketidak serasian di kalangan pemain, dan pada tahun ini BR seakan-akan melakukan kesilapan yang sama.

James Milner, yang diikat secara percuma, dilihat bakal menjadi pemain utama di jentera tengah The Reds di samping Jordan Henderson dan Philippe Coutinho.

Benteke bakal menjadi penjaring utama, tetapi dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri di Anfield.

Lambat panas mungkin akan menjadi faktor Liverpool gagal ke UCL dan menduduki tangga ke-5.

Baca juga : Senarai 5 pemain Brazil yang pernah bermain untuk Liverpool

4 – Arsenal

Arsenal-v-Chelsea-Community-Shield
Perisai Masyarakat bakal menjadi pembakar semangat anak buah Arsene Wenger untuk menjadi pencabar kejuaraan liga

Arsenal berjaya memenangi medal pertama musim ini, Perisai Komuniti. Arsene Wenger dilihat mengorbankan permainan cantik untuk bertahan di dalam kawasan penalty sendiri untuk mengekalkan kelebihan satu gol.

Masalah yang melanda Arsenal ialah, mereka tidak konsisten di pertengahan musim, dan tonggak mereka Alex Oxlade-Chamberlain, Ramsey dan Jack Wilshere kerap kali mengalami kecederaan jangka panjang.

Selain itu, Arsenal hanya mempunyai seorang penyerang yang natural, Olivier Giroud. Wenger perlu berbelanja untuk menambah seorang lagi penyerang kelas dunia untuk Arsenal dan hanya itulah yang akan menaikkan Arsenal dari tangga ke-4.

Baca juga : Roy Keane mengutuk Arsenal

3 – Manchester United

louis-van-gaal-man-united
Walaupun layak ke UCL, Man Utd mencatat mata kedua terendah dalam sejarah pasukan tersebut di EPL di bawah bimbingan LVG musim lalu

Musim lalu, bahagian tengah padang menjadi satu igauan buruk buat Louis van Gaal, terutamanya bahagian tengah bertahan. Kecederaan Michael Carrick menjadikan United sebagai satu pasukan yang rapuh dan senang ditewaskan.

Kemasukan Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger dilihat mampu memperkuatkan bahagian bermasalah ini. Memphis Depay dan Matteo Darmian dillihat tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan EPL.

LVG seharusnya membeli seorang pertahanan tengah kelas dunia jika betul-betul mahu menjadi pencabar kejuaraan.

Jika De Gea jadi untuk menyertai Real Madrid, Sergio Romero akan menghadapi tugas berat untuk menyesuaikan diri dengan EPL bermula dengan perlawanan pertama menentang Spurs minggu hadapan.

Melainkan LVG berjaya menambah pertahanan tengah dan penjaga gol kelas dunia, Manchester United bakal menduduki tangga ke-3.

2 – Manchester City

76aguero2410a
Sergio Aguero – boleh menjaringkan gol dengan sesuka hati

Raheem Sterling akhirnya menyertai pasukan Eastland ini dan dilihat bakal menjadi pemain utama Citizens jika prestasi pra-musim diambil kira.

Dari bahagian tengah ke serangan, City dilihat tiada masalah untuk menjaringkan gol dan mengawal permainan dengan barisan pemain seperti Yaya Toure, David Silva, Fernandinho dan pemain baru, Fabien Delph. Akan tetapi, masalah utama City ialah kerapuhan benteng pertahanan – Vincent Kompany, Eliaquim Mangala dan Martin Demichelis.

Mereka harus bangkit untuk mengekalkan City sebagai pencabar utama liga. Di bahagian serangan Sergio Aguero dan Wilfred Bony bakal menjadi duri dalam daging pasukan lawan buat kesekian kalinya.

Musim ini bakal menjadi musim terakhir Manuel Peleggrini bersama City dengan menduduki tempat ke-2.

1 – Chelsea

jose-mourinho
“Sikit saja susah mau menang itu liga,” kata Mourinho

Jose Mourinho telah membaling medal perisai komuniti kepada seorang kanak-kanak dengan menyatakan bahawa medal naib juara hanya untuk kanak-kanak.

Inilah Mourinho – seorang yang mempunyai mentaliti kemenangan. Falcao yang dilihat sangat tumpul musim lalu mungkin akan menjadi penyerang yang digeruni kembali di bawah kendalian Mourinho.

Diego Costa – jika dapat mengekalkan persefahaman bersama Fabregas dan Hazard seperti musim lalu, akan kembali menggegar gawang lawan.

Kelemahan Chelsea adalah di bahagian penjaga gol. Jika musim lepas, mereka mempunyai penjaga gol simpanan kelas dunia. Asmir Begovic dilihat belum bersedia untuk bermain di kelab besar, jika prestasi ketika Chelsea tewas di tangan New York Red Bulls diambila kira.

Chelsea juga mempunyai rekod pertahanan yang baik dengan gandingan Gary Cahill dan John Terry, di samping Branislav Ivanovic dan Caesar Azpilicueta. Musim baru ini dilihat akan menghadiahkan kejuaraan liga ke-4 buat Mourinho.

Baca juga : Luahan hati Fabregas


Download aplikasi The Sukan di Google Play