Champions League Round Of 16 : Arsenal Bakal Bertemu Bayern Munich

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 tahun yang lalu

Undian Champions League round of 16 telah selesai pada petang tadi dan undian yang menjadi tumpuan adalah Arsenal yang bakal bertemu Bayern Munich, untuk rekod Bayern telah menyingkirkan Arsenal sebanyak 3 kali dalam pertemuan di peringkat kalah mati.

"Kami telah mara ke pusingan kalah mati sebanyak 14 musim berturut-turut, ini adalah bukti kepoweran Wenger dan pasukan untuk mara. Ujar Setiausaha Kelab Arsenal David Miles kepada BT Sport.

The Foxes dalam kempen pertama berjaya mara ke pusingan kalah mati bakal berjumpa Juara Liga Europa musim lalu, Sevilla. Dengan kemaraan Sevilla ini secara automatiknya Sevilla telah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Europa.

Manchester City bakal bertemu Monaco yang menewaskan Spurs sebanyak dua kali di peringkat kumpulan.

Juara Sepanyol Barcelona bakal bertemu juara Peranics PSG. Barca pernah menewaskan PSG dalam perjalan mereka merangkul kejuaraan Champions League pada musim 2014/15.

Pendahulu La Liga musim ini bakal menentang pasukan dari Italy, Napoli. Berikut merupakan keputusan penuh undian.




Paparkan Komen