CAS Tolak Bantahan Serbia Terhadap Kosovo

Eikrem 6 bulan yang lalu

Persatuan Bola Sepak Kosovo (FFK) hari ini sekali lagi menerima berita gembira setelah bantahan Serbia mengenai keahlian mereka dalam UEFA ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Serbia sebelum ini menghantar bantahan dan memohon keahlian Kosovo dalam UEFA dibatalkan kepada CAS, kerana secara politiknya, Serbia tidak mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada tahun 2008.

Pada Mei 2016, Kosovo diterima masuk ke UEFA yang ke-55, dalam Kongres UEFA di Budapest, Romania dengan mendapat 24 undian daripada 28 pengundi.

Selang seminggu kemudian, Kosovo diterima menyertai FIFA dan secara tidak langsung melayakkan mereka untuk menyertai kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia.

Menurut kenyataan CAS: “Panel CAS yang bertanggungjawab bagi perkara ini berkata FAS mempunyai sebab-sebab mahu membangkitkan perkara ini dan mempunyai sebab yang munasabah untuk memfailkan rayuan memandangkan peruntukan yang berkaitan dalam Statut UEFA (Perkara 5 (1)) adalah samar-samar dan memerlukan penjelasan.

Mat Don – pemain import Kedah berasal dari Kosovo.

“Peruntukan tersebut menyatakan bahawa keahlian UEFA terbuka kepada persatuan bola sepak negara yang terletak di benua Eropah, yang berpangkalan di negara yang diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (UN) sebagai sebuah negara merdeka.

“Dengan mengambil kira bahawa tidak ada pengiktirafan rasmi UN, Panel CAS mentafsir (artikel berkaitan dalam Statut UEFA) membawa bermakna bahawa wilayah persekutuan bola sepak itu berada perlu diiktiraf oleh majoriti anggota UN sebagai ‘negara merdeka.

“Panel CAS mendapati bahawa pra-syarat ini telah dipenuhi oleh FFK, dan kesimpulan itu juga sejajar dengan kehendak yang dinyatakan oleh majoriti ahli FIFA di Kongres UEFA untuk menerima FFK sebagai ahli UEFA yang baru. Justeru, rayuan FAS telah ditolak.”

Pada pendapat anda, antara Malaysia dan Kosovo pasukan manakah yang akan ke Piala Dunia dulu?

Untuk sedikit info sejarah mengenai kaitan antara Kosovo, Serbia, Montenegro, Croatia, Bosnia dan Yugoslavia, boleh baca di sini.