Carlos Tevez Pemain Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Di Dunia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Carlos Tevez muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran gaji tertinggi di dunia yang fana mengatasi Oscar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila menyertai Shanghai Shenhua dari Boca juniors dengan nilai RM422.81 juta atau £77 juta.

Bekas penyerang Manchester United dan City ini telah menandatangani perjanjian selama dua tahun yang bernilai RM172.97 juta atau £31.5 juta setahun bersama kelab Chinese Super League (CSL).

Boca Juniors bakal menikmati RM76.87 juta (£14 juta) yuran hasil daripada perjanjian tersebut. Pemergian Tevez ke China disambut penuh emosi oleh penyokong Boca pada perlawanan terakhir Tevez bersama mereka.

Melalui perjanjian yang ditandatangani Tevez ini juga menyaksikan Tevez bakal menerima gaji sebanyak RM3,376,993.31 (£615,000) seminggu sekaligus menjadikan Tevez pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Ada laporan menyebut menyebut Tevez menerima gaji £610,000 dan Boca Juniors hanya menerima £9 juta sahaja.

Nilai Gaji Tevez Mengikut Masa

RM172.97 Juta Setahun

RM14.42 Juta Sebulan

RM3.34 Juta Seminggu

RM477 142 Sehari

RM19 880 Sejam

RM331 Seminit

RM5.52 Sesaat

Entah betul ke tidak aku kira. Berpinau mata mengira. Dengki betul aku dengan Tevez ni.




Paparkan Komen