Carabao Cup 2019/20 Semi Final 1 : Manchester United 1-3 Manchester City

Share on facebook
Share on twitter

Perlawanan separuh akhir pertama menemukan dua pasukan daripada bandar Manchester iaitu Manchester United menentang jiran mereka, Manchester City.

Aksi bola sepak tanpa henti sejak bulan disember tahun lalu berterusan dan Carabao Cup yang bukan satu rebutan sudah memasuki peringkat separuh akhir.

Stadium Old Trafford menjadi medan pertempuran bagi perlawanan separuh akhir pertama ini.

Pep Guardiola memanaskan perlawanan dengan membuat kenyataan bahawa beliau rela bermain golf daripada menjadi pengurus Manchester United.

Semua sedia maklum bahawa perlawanan akan bermula selepas pengadil perlawanan meniup wisel.

Seperti biasa Manchester United akan terlebh garang di awal permainan dan Marcus Rashford terlebih dahulu menguji benteng City.

Syukur dipanjatkan apabila berjaga sehingga pagi dihidangkan dengan permain yang rancak untuk tempoh 10 minit pertama.

Perlahan-lahan Manchester City mula mendapat permainan mereka dan Machester United menjadi Manchester United seperti kau kenal.

Pada minit ke-17 percubaan lencong cantik daripada Bernardo Silva membuahkan hasil dan meletakkan Machester City di hadapan.

Permainan selepas itu terus menjadi milik Manchester City yang mahu mengekalkan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut.

Bernardo Silva terus merobek hati peminat Manchester United dengan satu hantaran yang cukup cantik.

Riyad Mahrez yang bijak melakukan larian menerima bola itu dengan senang hati dan mudah mengayamkan David De Gea.

Minit ke-33, Manchester United 0-2 Manchester City. Lemah.

Enam minit berselang Manchester City terus menjarakkan kedudukan hasil serangan balas pantas.

Bijak Kevin De Bruyne memperdayakan Phil Jones dan melakukan rembatan yang berjaya dihadang De Gea.

Namun bola terkena Andreas Pereira yang sedang membuat larian untuk gol sendiri.

Ketinggalan 3 gol seperti tiada apa yang dapat dilakukan oleh Setan Merah pada separuh masa kedua.

Manchester City pula tiada tanda puas dengan 3 gol dan berterusan mengasak namun tiada tambahan gol.

Akhirnya pada minit ke-69, Marcus Rashford menjaringkan gol pertama Manchester United dalam perlawanan ini selepas menyudahkan hantaran Mason Greenwood.

Tiada apa yang mampu dilakukan untuk mengubah keputusan dan gol Rashford sekadar menjadi satu gol saguhati.

Untuk menyedapkan hati Setan Merah dengan kekalahan ini, boleh dikatakan mara ke separuh akhir sudah agak baik bagi pasukan bawahan.

Terimalah kekalahan Manchester United ini dengan sejahtera dan matang dan untuk ke final Setan Merah wajib menang dalam separuh akhir kedua.

https://www.youtube.com/watch?v=W3AoQXRY4fw

https://www.youtube.com/watch?v=Cju4H2MdWaE

https://www.facebook.com/thesoccer90/videos/1512139045604461/

Manchester United (4-2-3-1): De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Jones, Williams, Pereira, Fred, James (Gomes 64), Lingard (Matic 45), Rashford, Greenwood (Martial 81)

Subs not used: Mata, Dalot, Romero, Chong

Manchester City (4-3-3): Bravo, Walker, Fernandinho, Otamendi, Mendy, De Bruyne (Jesus 80), Rodri, Gundogan, Mahrez (Foden 86), Silva, Sterling

Subs not used: Aguero, Silva, Cancelo, Ederson, Garcia

Share on facebook
Share on twitter