Cara Salah Menyantuni Seorang Budak Menceroboh Padang Disukai Ramai

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Jika roti Gardenia enak dimakan begitu saja, pemain sensasi Liverpool, Salah pula enak ditonton aksinya di padang yang sentiasa ada untuk menjaringkan gol bahkan akhlak dan budi perkerti Salah juga disenangi semua pihak tidak kira lawan atau kawan.

Mohammed Salah yang sebelum musim baru ini bermula dilaberl sebagai 'one season wonder' kerana dijangka tidak mampu bermaharaj lela seperti musim lalu. Situasi ini juga sabah tahun menghantui diri Harry Kane selepas bergelar penjaring terbanyak.

Pada perlawanan pertama Premier League musim ini, Liverpool tidak menghadapi masalah untuk mempamerkan kehebatan dan pada minggu pertama ini aksi Liverpool merupakan aksi yang paling meyakinkan dan terus ke puncak liga.

"Ala baru game pertama, ada lagi 37 game nak hadap, awal lagi nak sembang ke langit." Itulah kata-kata seorang yang dengki.

Marilah kita bercakap benda yang baru berlaku di depan mata dari bercakap 37 perlawanan yang akan datang kerana belum pasti masa itu kita masih bernafas kerana mati itu pasti.

Salah hanya memerlukan 20 minit untuk menjaringkan gol pertama musim ini dan terlepas beberapa peluang terbaik. Ada lagi 37 perlawanan kan takkan nak terus jaring lima gol perlawanan pertama. Hari ini kahwin tak kan esok beranak. Ye dok?

Salah bukan sahaja menghiburkan dan memenangi hati penonton dengan jaringan gol dan aksi yang meyakinkan tetapi cara Salah menyantuni dan melayan seorang budak yang menceroboh padang nyata disenangi ramai.

Salah sempat membisikkan 'This is our year!" ke telinga budak itu.

Pada minit ke-80 seorang budak telah menceroboh padang untuk mendekati Salah, sebagai Muslim yang sejati dengan iman yang teguh berserah pada tuhan, akhlak yang murni menjadi hiasan diri melemparkan senyuman manis kepada budak itu.

Lalu mereka berborak untuk tempoh waktu yang singkat sebelum Salah memeluk budak itu. Sudah pasti detik itu menjadi detik paling indah dalam sejarah kehidupan budak itu.

Dengak situasi begini lagu mana kau nak benci Salah walaupun kau membenci Liverpool seperti mana kau bencikan bekas teman wanita kau yang meninggalkan kau kerana perangai kau macam setan yang asyik nak buat maksiat?




Paparkan Komen