The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Encik Bakri pada December 16, 2015

KUALA LUMPUR: Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 telah diumumkan. Juara Liga Super dan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi senarai pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, dengan pemenangnya bakal diumumkan, Jumaat ini.

Baca : Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Enam pemain skuad Harimau Selatan itu dicalonkan dalam lima kategori pada anugerah berkenaan, dengan semua enam pemain terbabit berstatus pemain kebangsaan. Farizal Marlias dicalonkan bagi Penjaga Gol Terbaik, Aidil Zafuan Abdul Razak bagi Pertahanan Terbaik serta pemain paling bernilai Piala AFC 2015, Safiq Rahim, dicalonkan dalam kategori Pemain Tengah Terbaik.

JDT juga seharusnya berbangga apabila dua penyerang mereka, Amri Yahyah dan Safee Sali dicalonkan sebagai Penyerang Terbaik dan lebih manis, pengendali JDT, Mario Gomez turut berpeluang merangkul anugerah Jurulatih Terbaik.

Pemain import JDT, Luciano Figueroa dicalonkan sebagai Pemain Import Terbaik dan bakal mendapat cabaran sengit daripada ‘Orang Besi Pahang’, Dickson Nwakaeme serta penyerang berbisa PDRM, Ali Ashfaq.

Sementara itu, selain Dickson, empat pemain Pahang dicalonkan pada anugerah terbabit iaitu Khairul Azhan Khalid, Razman Roslan, Hafiz Kamal serta Matthew Davies bagi Pemain Muda Terbaik, selain pengendali mereka, Zainal Abidin Hassan, yang turut dicalonkan sebagai Jurulatih Terbaik bersama pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe.

Dua pemain skuad Juara Liga Perdana, Kedah juga mendapat pencalonan pada anugerah berpresitj itu, membabitkan Baddrol Bakhtiar selaku Pemain Tengah Terbaik dan Farhan Roslan yang dicalonkan bersama arkitek Selangor, Nazmi Faiz Mansor untuk kategori Pemain Muda Terbaik.

Lain-lain pencalonan termasuklah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; Wira Misi 33 yang juga penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dan juga pertahanan FELDA United, Shukor Adan, yang dicalonkan mengikut kategori masing-masing.

anugerah-penjaring-terbanyak-liga-super-liga-premier

Penjaring terbanyak Liga Super bakal menjadi milik penyerang PDRM, Dramane Traore, yang meledak 20 gol musim ini sementara penjaring terbanyak Liga Perdana dianugerahkan kepada penyerang import NS Matrix, Francis Forkey Doe dengan 17 gol.

Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Penjaga Gol Terbaik

anugerah-penjaga-gol-terbaik-2015

– Farizal Marlias (JDT)
– Khairul Azhan Khalid (Pahang)
– Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik

anugerah-pertahanan-terbaik-2015

– Shukor Adan (FELDA United)
– Razman Roslan (Pahang)
– Aidil Zafuan Abdul Razak (JDT)

Pemain Tengah Terbaik

anugerah-pemain-tengah-terbaik-2015

– Safiq Rahim (JDT)
– Baddrol Bakhtiar (Kedah)
– Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang Terbaik

anugerah-penyerang-terbaik-2015

– Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
– Safee Sali (JDT)
– Amri Yahyah (JDT)

Pemain Import Terbaik

anugerah-pemain-import-terbaik-2015

– Dickson Nwakaeme (Pahang)
– Luciano Figueroa (JDT)
– Ali Ashfaq (PDRM)

Pemain Muda Terbaik

anugerah-pemain-muda-terbaik-2015

– Matthew Davies (Pahang)
– Farhan Roslan (Kedah)
– Nazmi Faiz Mansor (Selangor)

Jurulatih Terbaik

anugerah-jurulatih-terbaik-2015

– Mario Gomez (JDT)
– Tan Cheng Hoe (Kedah)
– Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Anugerah Lain-Lain

anugerah-lain-lain


Download aplikasi The Sukan di Google Play