Butik Liverpool Tanggalkan Poster Coutinho

Eikrem oleh Eikrem 1 minggu yang lalu

Sebuah butik jersi dan cenderamata Liverpool telah menanggalkan poster pemain mereka yang hatinya sudah dimiliki kelab lain, Philip Coutinho, selepas pemain bangsa Brazil tersebut menghantar permohonan perpindahan kepada pengurusan kelab.

Walaubagaimanapun, Liverpool menyatakan bahawa Coutinho tidak akan dijual biarpun berjuta tawaran diterima.

Sebelum ini Barcelona telah dua kali menghantar bidaan terhadap pemain terbaik Liverpool ini dan mereka dijangka membuat bidaan ketiga sebelum jendela perpindahan ditutup rapat hujung bulan Ogos nanti.

Ahli keluarga terdekat Coutinho, menurut sumber, telah menyatakan bahawa Coutinho sudah terdesak untuk berhijrah ke Sepanyol dan hubungannya dengan Jurgen Klopp kini semakin tercalar.

Dalam satu video yang tersebar di Twitter, seorang pekerja butik Liverpool telah sekonyong-konyongnya mencabut poster Coutinho daripada dinding butik tersebut.

Pemain berusia 25 tahun sebenarnya baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama The Reds, namun telah meremukkan hati para penyokong Scousers permohonan perpindahan yang dihantar.

Dengan krisis perpindahan ini, sudah tentu Klopp tidak akan menurunkan pemain yang bermasalah dan Liverpool berdepan cabaran besar menjelang pusingan kelayakan Liga Juara-juara pada 15 Ogos ini menentang kelab Jerman, TSG Hoffenheim.

Buat penyokong Liverpool, semoga bersabar dengan dugaan ini. Bak kata Ukays, pahit akan manis juga akhirnya.

Rujukan berita : Metro UK


Share Tweet


Paparkan Komen