Buffon Kekalkan Rekod Tidak Pernah Dibolosi Leo Messi

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Juventus berjaya menewaskan Barcelona, 3-0 di halaman sendiri di Stadium Juventus semalam, hasil dua gol jaringan Paulo Dybala dan juga satu gol ditambah oleh pertahanan veteran yang baru sahaja menamatkan pengajian master dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Giorgio Chiellini.

Selain tiga gol tersebut, satu fakta menarik mengenai perlawanan ini ialah penyerang berbisa Barcelona, Leo Messi sebenarnya tidak pernah menjaringkan gol ketika bertemu dengan Buffon. Ketika memenangi Liga Juara-juara pada tahun 2015, gol Barca dijaringkan oleh Rakitic, Neymar dan Suarez.

Walaupun dipuji melangit, Buffon tetap merendah diri dengan prestasinya ini.

"Jujurnya aku ni bernasib baik je mempunyai pertahanan kelas dunia di depan aku dan merekalah yang menyusahkan kerja Messi," kata Buffon,  tersenyum manis.

Sikap rendah diri Buffon ini membuatkannya lebih disayangi oleh baik peminat lawan atau Juventus.

Sebelum ini, terdapat dua penjaga gol dengan hidung kembangnya mengatakan mereka tidak pernah dibolosi Messi namun dalam perlawanan berikutnya, Messi dengan bersahaja menjaringkan gol menentang mereka.

Tahun lepas, Petr Cech berkata Messi tidak pernah menewaskannya, dan dalam perlawanan berikutnya gawang Cech dibolosi tiga kali oleh Messi. Ketika bercakap mengenai Messi, mungkin Cech lupa dia tidak lagi bermain untuk Chelsea.

Dua tahun lalu, penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer turut mengatakan perkara yang sama. Senasib dengan Cech, Messi menjaringkan satu gol jarak jauh, dan juga satu chip yang cantik.

Akan tetapi, kisah Buffon tidak sama seperti mereka berdua. Mereka berdua seakan berbangga dengan rekod menentang Messi, namun Buffon lebih fokus dan buat tak endah sahaja dengan rekod yang biasa-biasa ini. Lagipun, Messi ni siapa berbanding Buffon, kan?

Rujukan artikel : Barcablaugranes.




Paparkan Komen