Brian Clough : Kisah Jurulatih Gila Yang Berjaya

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Brian Howard Clough - satu nama yang cukup gah dalam sejarah bola sepak di England. Sebagai pengurus dia telah membawa Derby County menjuarai liga Inggeris selepas 88 tahun kemarau, selain menjadikan Nottingham Forest sebagai juara eropah sebanyak dua kali.

Lebih menarik lagi, Clough menaikkan kedua-dua kelab tersebut dari liga bawahan, sebelum berjaya dinaikkan ke divisyen 1 England.

Karier Sebagai Pemain

Sewaktu muda, Clough merupakan penyerang yang cukup prorilik buat kelabnya, Middlesbrough di mana dia telah menjaringkan 204 gol dalam 222 perlawanan liga, termasuklah lebih 40 gol dalam empat musim berturut-turut. Mesikpun cukup tajam di hadapan gol, Clough hanya dapat mewakili England hanya dalam dua perlawanan, kerana Boro ketika itu bukanlah pasukan di divisyen satu.

Ketika di Boro juga Clough sentiasa meminta untuk dilepaskan kerana dia cukup bengang dengan pertahanan mereka ketika itu yang amat lemau.

Bayangkan, dalam perlawanan antara Middlesbrough menetang Charlton Athletics, Clough menjaringkan enam gol, namun barisan pertahanan mereka turut melepaskan enam gol.

Kelembikan ini sangat dibenci Clough sehinggakan dia pernah bertanya kepada rakan sepasukan,"Engkorang nak aku score berapa gol baru kita boleh menang?"

Selepas Boro, Clough berpindah ke pasukan musuh setempat, Sunderland, dan dia telah menjaringkan 63 gol daam 74 perlawanan, sebelum terpaksa bersara pada usia 29 akibat kecederaan teruk di lututnya.

Bermulanya Era Sebagai Jurulatih

Clough menguruskan pasukan remaja Sunderland buat seketika sebelum ditawarkan kontrak sebagai ketua jurulatih di Hartlepool United, yang bermain di divisyen 4 England, ketika dia berusia 30 tahun. Di kelab ini juga bermulanya gandingan Clough dan Peter Taylor - rakan sepasukannya dan juga merupakan penjaga gol di Middlesbrough.

Walaupun Clough menghadapi cabaran dan karenah biroksrasi oleh pemilik kelab, Clough dan Taylor akhirnya berjaya membawa Pools naik ke divisyen 3 - kali pertama dalam sejarah mereka.

Kejayaannya di Hartlepool tersebut tidak dipandang sepi, lantas Clough disambar oleh pasukan di divisyen 2, Derby County. Clough yang mempunyai cita-cita yang tinggi memulakan kariernya di Derby dengan membawa masuk pemain-pemain yang bakal bermain dengan coraknya seperti Roy McFarland, John O'Hare, John McGovern, Alan Hinton dan Les Green.

Pada musim 1970-71, Derby menamatkan liga di tangga kesembilan. Maka untuk menambahkan cabaran pada musim berikutnya, Clough memberli Colin Todd dengan rekod perpindahan British ketika itu £175,000 dan hasilnya, mereka berjaya menjuarai liga buat pertama kali dalam tempoh 80 tahun.

Pergeserannya dengan lembaga pengarah kelab bermula pada musim panas 1972 apabila dia membeli David Nish dari Leicester City, sekali lagi dengan rekod British £225,000, tanpa memberitahu pengarah kelab. Pada September 1972, Clough menyelar penyokong Derby dengan mengatakan mereka hanya bersorak ketika menang, dan sunyi ketika Derby kedang ketinggalan.

Pada musim tersebut mereka gagal memenangi liga dan sekadar menduduki tangga ketujuh. Mereka juga terkeluar daripada saingan Piala Eropah di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada Juventus 1-3 di Turin. Selepas perlawanan tersebut, Clough enggan melayan sebarang pertanyaan daripada media Itali kerana dia berasakan terdapat satu pakatan untuk memenangkan Juventus.

"No cheating bastards I will talk to! I will not talk to cheating bastards!"

"Bangsat penipu tak layak bercakap dengan aku. Aku tak akan bercakap dengan bangsat penipu!" begitulah lebih kurang terjemahannya.

Krisis Clough dengan lembaga pengarah, terutamanya Sam Longson tidak pernah surut dan akhirnya Clough dan Taylor dipecat, sekaligus mencetuskan kemarahan penyokong.

Singgah sebentar di Brighton & Hove Albion

Selepas dipecat, Clough menjadi pilihan banyak kelab, namun tawaran daripada Brighton dengan projek yang seakan sama seperti Derby County pada awalnya menggamit Clough dan Taylor. Mereka berdua menyertai kelab tersebut, namun Clough tidak sukakan apa yang sedang dilakukannya kerana dua faktor utama; 1) Hatinya masih di Derby, 2) Brighton bermain di divisyen tiga.

The Damned United

Tidak sampai setahun di Brighton, Clough meninggalkan kelab selatan tersebut dan menyertai Leeds United. Leeds ketika itu merupakan jaguh England dan mereka mendominasi liga England dengan gagah perkasa di bawah jurulatih Don Revie.

Pada 1974 Don Revie dipanggil untuk melatih pasukan kebangsaan England, dan sebelum meninggalkan kelab tersebut, Revie sempat berpesan supaya Leeds melantik kapten, Billy Bremner, sebagai jurulatih menggantikannya memandangkan Bremner merupakan pemain yang paling senior, dan juga faham dan hadam teknik latihan Revie.

Walaubagaimanapun, lembaga pengarah Leeds tidak mengambil saranan Revie tersebut, sebaliknya melantik Brian Clough. Clough ketika di Derby sememangnya sering menyelar pemain Leeds dan Revie kerana baginya, kejayaan Leeds ditunjangi taktir kotor dan permainan yang penuh kasar. Meskipun Clough bermulut puaka, rekod disiplin pasukannya amatlah baik dan jarang pemainnnya mendapat kad kuning apatah lagi merah. Clough juga pernah mengatakan bahawa Revie patut didenda oleh FA kerana rekod kad kuning Leeds yang cukup tinggi.

Pemergian Clough ke Leeds tidak disertai rakan baiknya, Peter Taylor yang memilih untuk kekal di Brighton, dan sebenarnya menghalang Clough daripada menyertai Leeds demi melengkapkan projek mereka di Brighton.

Namun Clough tetap keras kepala dan tetap ke Leeds untuk membuktikan bahawa dia mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh Revie. Dalam latihan pertama, Clough telah menghamburkan kata-kata cacian kepada pemain Leeds seperti video di bawah. Meskipun video di bawah adalah sedutan filem, pemain Leeds ketika itu Peter Lorimer telah mengakuinya dalam beberapa siri dokumentari.

Clough tidak pernah diterima kehadirannya oleh pemain Leeds, dan mereka tidak bermain dengan sepenuh hati di bawahnya, malah mereka sengaja bermain dengan buruk supaya Clough dipecat. Akibatnya, Leeds hanya menang satu daripada enam perlawanan dan selepas 44 hari dari hari pertamanya, Clough dipecat oleh Leeds!

Cerita Clough di Derby dan Leeds ini dibukukan dalam sebuah novel, The Damned United, yang kemudiannya dijadikan filem.

Era Kegemilangan Nottingham Forest Bermula

Pada bulan Januari 1975, Clough kembali ke arena bola sepak setelah berehat selama empat bulan, dengan menyertai Nottingham Forest yang ketika itu berada di tangga ke-13 divisyen dua. Bersama Forest, Clough sudah kurang tampil di kaca televisyen dan lebih fokus untuk menaikkan pasukan ini.

Selepas semusim setengah berseorangan di Forest, rakan karibnya Peter Taylor menyertai kem Clough di Nottingham dan nasib pasukan tersebut serta merta berubah di mana pada tahun 1977, Forest berjaya naik ke liga divisyen 1.

Pada musi 1977-78, Clough dan Taylor berjaya memenangi Piala Liga, di mana mereka telah menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir. Pada musim tersebut juga, Clough berjaya mengemudi Forest menjuarai liga, menjadikannya pengurus kedua selepas Herbert Chapman yang memenangi liga bersama dua pasukan berlainan dalam tempoh 40 tahun.

Rekod ini hanya dipegang oleh empat pengurus sehingga ke hari ini - Tom Watson, Chapman, Clough dan Kenny Dalglish yang memenangi liga bersama Liverpool dan Blackburn Rovers.

Clough memenangi Piala Eropah

Pada musim 1978-79, Clough mendapatkan Tevor Francis dari Birmingham City pada harga £1 juta - pemain pertama yang dibeli dengan tujuh angka. Walaubagaimanapun Forest gagal memenangi liga pada musim tersbeut tetapi masih mampu mengekalkan Piala Liga dengan menewaskan Southampton dalam perlawanan akhir.

Prestasi Forest di Eropah pada musim tersebut cukup membanggakan. Mereka berjaya menjuarai Piala Eroph, menewaskan Malmo FF dari Sweden dalam perlawanan akhir hasil jaringan Francis, menjadikan Forest pasukan ketiga dari England yang berjaya memenangi piala tersebut selepas Manchester United dan Liverpool.

Pada musim berikutnya pula, Clough dan Forest sekali lagi memenangi Piala Eropah setelah menewaskan Hamburger dari Jerman, 1-0, hasil jaringan John Robertson, dan di peringkat domestik, mereka menang Piala Liga buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Wolverhamptoon Wanderers.

FA England telah memanggil Clough untuk ditemuduga sebagai ketua jurulatih England selepas Revie meletakkan jawatan, namun jawatan tersebut diberikan kepada orang lain.

Clough juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan lagenda Manchester United, Roy Keane ke liga Inggeris, apabila dia membeli pemain muda tersebut dari kelab Ireland, Cobh Ramblers pada tahun 1990. Keane bermain selama dua musim sebelum dibeli Alex Ferguson dengan rekod perpindahan British - £3.75 juta.

Clough memegang jawatan sebagai pengurus Nottingham Forest dari tahun 1975 sehingga 1993 - selama 18 tahun, dan selepas Nottingham, Clough mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak. Anaknya, Nigel, pernah menjadi pengurus Forest namun gagal menjelmakan magis seperti bapanya.

Mulut Puaka Clough

Brian Clough memang dikenali sebagai seorang yang bermulut puaka, lebih puaka daripada seorang diva lelaki di Malaysia ni. Clough selalunya akan menzahirkan apa sahaja yang dirasakannya, sama ada di kaca televisyen, atau tidak.

Dean Saunders, seorang penyerang berbangsa Wales yang bermain untuk bekas kelab Clough, Derby County pada musim 1990-91. Pada musim panas 1991, Saunders mendapat tawaran untuk menyertai Liverpool, dan Clough cuba untuk mempengaruhi Saunders supaya mengabaikan Liverpool dan memilih Forest.

Mereka bertemu di rumah pembantu jurulaith Clough, Alan Hill. Saunders hadir bersama ejennya, Kevin. Ketika Saunders dan Kevin tiba di rumah Hill, Clough sudah sedia menunggu di ruang tamu.

Sebaik bersalam dengan Saunders, Clough memulakan bicara.

"Aku kena bercakap dengan kau, atau dengan dia (sambil menunjuk ke arah Kevin)," tanya Clough, sambil menatap mata Saunders.

"Dengan saya," jawab Saunders. Gugup. Di depannya adalah seorang jurulatih yang terkenal dengan kepuakaan mulutnya.

"Oh, bagus. Aku tak nak cakap pasal bola sepak depan dia..sebab dia gemuk," jawab Clough selamba, tanpa menghiraukan Kevin di sebelahnya.

Antara detik lain ketajaman lidah Clough sempat dirakamkan ialah seperti di bawah.

Ketika Manchester United mengorbankan Piala FA demi Piala Kelab Dunia di Brazil pada tahun 1999;

"Manchester United di Brazil? Harap-harap diorang kena cirit-birit!"

Mengenai cakap-cakap orang ramai setelah England pulang awal dari Euro 2000;

"Pemain kalah perlawanan, bukan taktik. Ramai sangat orang yang acah-acah cakap pasal taktik tapi tak tahu pun macam mana nak menang permainan domino."

Ketika Arsenal memecahkan rekod tanpa kalah 42 perlawanan milik Nottingham Forest;

"Aku terpaksa mengaku yang Arsenal bagus macam kami. Diorang mantap. Tapi rasa janggal sikit lah sebab mana ada orang suka Arsenal! Lagipun pengurus dia orang Perancis, Wenger, dan tak ramai orang Inggeris yang suka orang Perancis. Dia memang pengurus yang bagus."

Clough Menghadap Pencipta

Pada Januari 2003, Clough yang berusia 67 tahun ketika itu telah menjalani pemedahan pemindahan hati, akibat daripada tabiat meminum alkohol selama 30 tahun. Pada 20 September 2004, Clough meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas disahkan menghidap kanser usus selama 18 bulan. Kematiannya diratap oleh penyokong setia Nottingham Forest dan Derby County.




Paparkan Komen