The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Brexit : Prestij EPL Tidak Akan Terjejas

Encik Bakri pada June 25, 2016

Keputusan Rakyat Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) melalui satu Referendum tidak akan menjejaskan dan mengganggu prestij kejohanan Liga domestik paling popular di dunia secara amnya dan Malaysia khususnya. Itulah kenyataan awal yang di buat oleh seorang jurucakap Liga Perdana Inggeris.

Desas-desus kesan dari Brexit ini di katakan bakal memberi kesan buruk kepada bolasepak Inggeris. Menurut Maria Patsalos, Peguam Imigrasi Sukan berkata :

“Ini merupakan malapetaka buat bolasepak Britain. Jika Britain memilih keluar dari Eropah, ramai pemain2 dari luar Britain tidak lagi mampu bermain di Liga Perdana.”

Peraturan sekarang menetapkan bahawa pemain-pemain dari negara EU tidak perlu memohon permit kerja untuk bermain di Britain seperti mana pergerakan keluar masuk rakyat yang bernaung di bawah EU tetapi kesan dari perkara ini bakal memberi kesan untuk kesan jangka masa panjang.

Baca : Apa Itu Brexit?

jurucakap-liga-perdana-inggeris
Mungkin Singa Inilah Jurucakap EPL

Seramai 432 pemain Eropah berdaftar untuk bermain dalam 20 pasukan Liga Perdana Inggeris musim lalu, termasuklah nama-nama besar dari benua lain yang bermain di kelab utama England.

Menurut jurucakap itu lagi masih terlalu awal untuk membuat jangkaan mengenai kesan yang bakal timbul dari Brexit ini.

“EPL ialah kejohanan sukan yang paling berjaya dan memiliki penampilan domestik serta global,” katanya

Walaupun masih belum ada implikasi nyata terhadap pemain EU yang sudah berada dalam EPL, dalam tempoh jangka masa panjang akan sukar buat kelab England menandatangani pemain baharu. Jadi sama-samalah kita nantikan

Sumber : Berita Harian