Bintang Liverpool F.C Ini Pernah Mewakili Malaysia!

Seladang Tacts Amirul oleh Seladang Tacts Amirul 6 bulan yang lalu

Malaysia sentiasa penuh dengan kejutan! Tidak percaya? Sebagai contoh, mana ada pasukan professional di dunia yang pemainnya bermain tanpa gaji selain di Malaysia? Sekarang, cerita tentang pemain bintang Liverpool menyarung jersi kebangsaan Malaysia pula? Wau! Siapakah gerangan beliau?

Josep Kevin Keegan merupakan bekas penyerang dan pengurus yang berasal dari Doncaster, England dan pernah bermain bersama beberapa kelab terkemuka seperti Liverpool, Hamburger SV dan Southampton. Kevin Keegan juga telah dianugerahkan darjat Most Excellent Order Of The British Empire (OBE) oleh Queen Elizabeth.

Kisah Kevin Keegan & Malaysia Serta Ura-Ura Pada 1997

Inilah bukti Kevin Keegan pernah wakili Malaysia! Jangan cakap abang tak payung!

Hendak dijadikan cerita, Kevin Keegan yang diajak oleh beberapa lagenda Malaysia seperti Allahyarham Mokhtar Dahari pun menyertai skuad Harimau Malaysia (kini : Malaysia B-23) sebagai ‘player-manager’ pada Pestabola Merdeka 1984 selama sebulan. Sepanjang kehadirannya di Malaysia, beliau berjaya menjaringkan 2 gol namun Harimau Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.

Jadi, Kevin Keegan pun pergi ke Australia dan mewakili Blacktown City FC, sebuah kelab semi-professional di sana. Malahan, setelah Keegan meletakkan jawatan sebagai pengurus di Newcastle United (England), terdapat ura-ura bahawa Keegan akan melatih Malaysia namun angan-angan kekal angan-angan! Yalah, siapa tidak kenal FAM?

Biografi Ringkas Kevin Keegan

Muka macam penyanyi The Beatles woii!

Bagi sesiapa yang kurang mengenali bintang Liverpool ini, beliau adalah penyerang yang tidak kurang prolifiknya tetapi kurang mendapat peluang sepanjang kariernya sebagai pemain. Sepanjang kariernya sebagai pemain, beliau telah bermain untuk 3 liga berbeza; England, Jerman dan Australia dan berjaya menjaringkan 204 gol daripada 592 penampilannya.

Sebagai pengurus pula, beliau melatih beberapa kelab dan negara ternama seperti Newcastle United, Manchester City dan negara kelahirannya, England. Bersama Manchester City, beliau berjaya menaikkan nama pasukan itu dengan berjaya dipromosi ke EPL setelah berjaya merangkul trofi Football League First Division (kini : Sky Bet Championship) pada 2001/2002. Begitulah kisah bintang Liverpool yang pernah mewakili Malaysia pada 1984 dahulu.

Sepanjang pemergian Kevin Keegan sehinggalah ke hari ini, Malaysia semakin hari semakin menurun prestasinya! Salah siapa? Apa yang pasti, selagi FAM ditakuk lama, selagi itulah Malaysia tiada perubahan. Jadi, sama-sama kita nantikan keputusan undian Presiden FAM pada Sabtu ini!




Paparkan Komen