The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Bendera Manchester United berkibar di angkasa

Eikrem pada October 3, 2015

Manchester United bukan setakat pernah berada di puncak liga, malah di puncak dunia di mana bendera Manchester United berkibar di angkasa dengan begitu megah dan bergaya pada tahun lepas.

Alexei Yakovlev, peminat United dari Russia telah menghantar bendera pasukan terkuat dunia itu kepada rakannya, Steve Swanson – seorang angkasawan NASA bertaraf Sheikh Muzaffar, yang bekerja di International Space Station.

“Saya ingin memberikan sedikit tenaga dari angkasa kepada pasukan kesayangan saya.

Man-United-fans-fly-the-flag-on-the-International-Space-Station
United bakal mendapat sedikit kuasa kosmos dari bendera ini

“Saya bangga dengan apa yang saya buat kerana United sungguh bermakna buat saya. Kami kibarkan bendera kami di angkasa lepas – tiada yang mampu kibarkan bendera mereka dengan lebih tinggi!” katanya sambil menjerit, mungkin kerana terlalu ghairah.

Satu sijil khas akan diberikan telah dihantar kepada Yakovlev untuk mengesahkan bendera itu telah diterbangkan dengan ekpedisi ISS 39 dan 40 melalui kapal Soyuz TMA-12M.

Bendera United tersebut telah berada di angkasa lepas selama 169 hari dan mengelilingi bumi sebanyak 2704 kali.

Yakovlev telah mempersembahkan bendera tersebut kepada pegawai United ketika perlawanan UCL pada 21 Oktober 2015 di Russia, menentang CSKA Moskva.

Mungkin selepas ini bendera United akan dihantar menyertai ekspedisi interstellar. Sekarang Alexei Yakovlev mesti kecewa kerana tenaga kosmos itu tidak sampai atau membawa kesan buruk kepada prestasi semasa United