Belasungkawa : Terima Kasih Bapa

Perakmania oleh Perakmania 4 bulan yang lalu

"selamat jalan Bapa, berehat dengan aman Bapa", ungkapan kami atas pemergian "Bapa Bola Sepak Perak" di hari yang baik juga di bulan yang baik. Mengenali beliau sejak saya di bangku sekolah, jua mengenali sukan bola sepak.

Sejak darjah 1 saya bersekolah SK Tebing Tinggi, saban hari saya dan rakan-rakan melalui jalan di hadapan rumah bapa beliau untuk ke sekolah.

Tatkala kami yang masih kecil ini melintasi rumah beliau, akan ada dikalangan kami membicarakan mengenai beliau.

"weh, inilah rumah Raja Ahmad, hangpa rasa dia ada rumah tak?" soalan popular dikalangan kami yang masih anak-anak kecil teruja.

Ya, kami teruja sebab nama beliau seringkali meniti di bibir akhbar dan kaca TV. Arena bola sepak Perak mengharum sejak 1990.

"weh, kalau Perak menang lagi ni besok cuti geng" dialog kami sambil berdoa pasukan kami menang di final.

Latar Belakang Ringkas Pak Raja

Pak Raja dilahirkan pada tahun 1956, anak jati Perak. Memulakan tugas sebagai pengurus Perak di awal 30an, berjaya. Lantas diberi tanggungjawab dalam kerajaan negeri sebagai wakil rakyat diusia muda. 34 tahun. Beliau berjaya hinggalah ke akhir karier didalam kerajaan negeri, beralih kembali kepimpinan sebagai naib Presiden FAM.

Pak Raja Ketika Bersama FAM. Gambar : Utusan

Diberi mandar oleh Sultan Pahang sendiri yang juga ketika itu sebagai Presiden FAM. Pak Raja bukan calang-calang orangnya. Di akhir hayat masih terus berbakti sebagai penulis di akhbar berita harian. Diberi satu ruang khas untuk coretan beliau.

Pak Raja pemurah dan mesra orangnya, sekolah Tebing Tinggi ibarat satu tempat wajib beliau kunjungi suatu ketika dahulu, tidak hari sukan pasti Majlis Anugerah Tahunan Pelajar akan dapat melihat kelibat beliau. Tersenyum melihat anak bangsa.

Pak Raja Dan Bola Sepak

Seperti sudah berjanji, SK Tebing Tinggi juga suatu ketika dahulu gah namanya dalam sukan bola sepak Daerah Larut.

Wajah Pak Raja ni sudah sebati di Daerah Larut, boleh saja temui wajah Pak Raja dimana-mana dalam daerah ini. Pasukan Bola Sepak Perak pernah Pak Raja bawa ke Padang Kubu Gajah Selama untuk Klinik bola sepak anak-anak tempatan.

Pak Raja Meraikan Kejayaan Bersama Pasukan Perak

Maka anak-anak daerah larut berkesempatan belajar dan beramah mesra dengan wira-wira bola sepak Perak. Mana mungkin kami lupakan seharian di Padang dengan mereka, dari Ahmad Shahrul sampailah ke Lazlo Repasi.

Kami gembira ketika itu Pak Raja. Boleh dikatakan itu zaman keemasan bola Sepak Perak.

Di padang, lagak gayanya umpama jeneral sedang berperang. Serius. Jangankan senyum, pemain pun akan tunduk dihadapannya. Serius.

Gambar : mStar

Hal bola sepak jangan dibuat main, suara beliau pasti ada. Dari peringkat bawah hingga ke antarabangsa. Dari sekecil masalah hingga ke sebesar-besar isu. Kalau tidak, masakan beliau mampu menghasilkan buku bola sepak negara.

Idea-idea baru beliau sentiasa bercambah, hinggakan isu pemecahan sempadan pemain asia.

Pak Raja Seorang Pemimpin Sejati Yang Mesra Rakyat

Kepimpinan beliau di pelbagai peringkat. Didalam mahupun diluar organisasi. Dari naib presiden FAM hingga ke tiada jawatan. Suara bapa sentiasa ada. Bola sepak dan bapa sudah sebati.
Menelusuri alam remaja dan dewasa, saya di besarkan di Taiping.

Tidak dapat lari dari Pak Raja, wajah dan kelibat beliau seringkali kelihatan di sekitar bandar Taiping. Pernah sekali hari ini saya ketemu beliau di RNR Bukit Merah, besoknya ketemu sekali lagi di cafe sebelah library Taiping.

Orang kata kalau mahu bertemu beliau, disebelah library Taiping portnya. Beliau memang peramah, andai kau tegur ketika beliau minum sudah pasti kena tarik kerusi duduk sekali. Pasti.

Tak lokek senyuman dan mudah mesra, boleh saja engkau ajukan apa-apa soalan dan dengan mudah tersenyum beliau membalasnya.

Jangan kau tanya mengenai wang, sikap pemurah beliau sudah dikenali umum, apa saja dalam kocek beliau pasti diberi. Kami anak-anak muda sering dibekalkan nasihat sebelum pulang.

Pergi tidak akan kembali

Masa terus berlalu, selepas era beliau, era Dato Jamal Nasir dan diakhiri hingga kini kemarau piala di Perak. Beliau kembali lagi bersuara tahun ini. Lain nada beliau tahun ini ketika kali terakhir memberi pandangan dsidang media tahun ini.

Gambar : Malaysia Kini

Seolah-olah beliau tahu akan pergi. Kita halusilah kata-kata beliau sewaktu sidang media tahun ini.

Ya, kita yang perlu berubah segera. PAFA juga kena berubah. Suburkan kembali benih-benih bola sepak yang beliau telah tanam.

Di Perak, kita sentiasa fikir yang pergi akan kembali semula, seperti Karl Heinz Weigang. Kali ini Pak Raja benar-benar pergi. Hanya tinggal kita untuk terus berjuang. Kita bangkit dan bina semula apa yang Pak Raja sudah berikan.

Pergi tidak akan kembali!

Berehatlah Bapa.

Alfatihah.




Paparkan Komen