The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Bekas Penolong Jurulatih Manchester United Memohon Untuk Mengendalikan Skuad Harimau Malaya.

Encik Bakri pada October 11, 2015

Bekas penolong jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen dikhabarkan antara satu lagi calon yang berminat untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Menurut sumber ESPN, Meulensteen, 51, akan mengemukakan permohonannya dalam percubaan untuk menghidupkan semula kariernya dalam bidang kejurulatihan.

Muelensteen yang berasal dari Belanda berkhidmat bersama Sir Alex Ferguson dari tahun 2007-2013 di mana mereka sama-sama meraih tiga trofi BPL, tiga Perisai Komuniti serta kemenangan Liga Juara-juara.

Malangnya, kariernya pula merudum apabila Fulham tersingkir daripada BPL sekali gus dipecat selepas lima kekalahan berturut-turut dan hanya mampu mengemudi 13 perlawanan.

Episod itu diikuti pemecatan selepas 16 hari bersama pasukan Rusia, Azhi Makhachkala setelah menggantikan Guus Hiddink.

Atas kertas, prestasi kariernya lebih mantap sebagai penolong jurulatih tetapi beliau juga pernah memainkan peranan dlaam perkembangan bola sepak di China dan Amerika Syarikat.

Persoalannya, mampukah Meulensteen mengubah nasib skuad kebangsaan lebih baik daripada pemangku sementara Datuk Ong Kim Swee yang juga menyuarakan hasrat beliau untuk jawatan tersebut?


Download aplikasi The Sukan di Google Play