Bekas Pemain Newcastle, Tiote Meninggal Selepas Rebah Ketika Latihan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Bekas pemain Newcastle United, Cheick Tiote yang kini beraksi bersama pasukan divisyen kedua Liga China, Beijing Enterprises meninggal dunia selepas rebah ketika sesi latihan pada usia 30 tahun.

Tiote yang baru menyertai pasukan Beijing Enterprises 4 bulan yang lalu dikejarkan ke hospital pada jam 6 petang (waktu tempatan) selepas rebah ketika latihan. Tiote dikejarkan ke hospital dan pada pukul 7, Tiote disahkan meninggal.

Gambar : Getty Images

Kematian pemain Ivory Coast itu disahkan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya Emanuele Palladino. Tiote meninggalkan Newcastle United pada Februari lalu selepas 6 tahun setengah bersama. Kematian Tiote nyata mengejutkan dunia bola sepak.

"Dengan kesedihan yang amat mendalam, saya mengesahkan bahawa Cheick Tiote telah meninggal selepas rebah ketika latihan bersama kelab Beijing Enterprises,"

"Kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan lanjut ketika ini dan kami memohon supaya menghormati privasi keluarga Tiote dalam mengharungi saat yang sukar ini,"

"Kami memohon doa dari anda semua." Ujar Emanuele Palladino.

Beijing Enterprises . Gambar : Daily Mail

Beijing Enterprises juga mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan peristiwa ini :

"Pada 5 Jun, jam 6 petang, Tiote telah rebah dan tidak sedarkan diri ketika latihan. Beliau segera dikejarkan ke hospital dan meninggal pada jam 7 petang."

Tribute Kepada Tiote

Dunia bola sepak yang terkejut dengan kematian Tiote terus menzahirkan penghormatan kepada pemain tersebut.

Detik Yang Sentiasa Diingati Bersama Newcastle

Pemain tengah dari Ivory Coast itu membuat 156 penampilan bersama Newcastle selepas diikat dari kelab Belanda, FC Twente dengan harga £3.5 juta pada 2010. Tiote hanya menjaringka satu gol sepanjang kariernya bersama Magpies.

Tiote ketika bersama FC Twente. Gambar : Cees van Hoogdalem/AMA

Tetapi gol tunggal tersebut terus kekal abadi diingatan penyokong Magpies kerana gol cantik dan padu itu merupakan gol penyaamaan ketika Newcastle seri menentang Arsenal 4-4. Dan Newcastle telah memuat naik video tersebut di laman Twitter.

Tiote juga mewakili Ivory Coast di Piala Dunia 2010 di Africa Selatan dan 2014 di Brazil. Tiote juga telah membantu Ivory Coast muncul juara Africa Cup of Nations pada 2015.

Tiote mempunyai 52 Cap bersama Ivory Coast. Gambar : Matthew Ashton/AMA

Sumber : Daily Mail




Paparkan Komen