Barisan Terbaik EPL Pilihan Jamie Carragher dan Gary Neville, Tiada Pemain Liverpool

Eikrem 2 bulan yang lalu

Bekas seteru, Jamie Carragher dan Gary Neville yang kini telah menjadi rakan karib bagaikan aur dengan tebing setelah kedua-duanya menjadi hos rancangan Monday Night Football terbitan BBC, telah memilih kesebelasan terbaik EPL mereka sepanjang musim ini.

Jujurnya, kedua-dua bekas pemain ini telah menganalisis kesemua permainan setiap pasukan setakat ini dan seharusnya padangan mereka patut diterima pakai oleh jumhur penggiat dan peminat bola sepak di seluruh dunia.

Berikut adalah pilihan 11 pemain terbaik EPL masing-masing

Jamie Carragher

Jamie Carragher memilih formasi 3-4-3 seperti mana yang digunakan Antonio Conte di Chelsea dan juga Mouricio Pochettino di Spurs. Dalam senarai ini, empat pemain Chelsea dipilih – Azpilicueta, David Luiz, N’Golo Kante dan Eden Hazard, manakala pasukan di tangga kedua, Tottenham Hotspur juga mempunyai empat wakil – Toby Alderweireld, Dele Alli, Chris Eriksen dan Harry Kane.

Dua orang pemain Manchester tersenarai, iaitu De Gea dari United, dan juga David Silva dari City. Melengkapkan senarai ini ialah pemain terbaik Arsenal, Alexis Sanchez.

Mungkin kerana berkecil hati dengan prestasi bekas pasukannya, Liverpool yang sekadar berada di tangga keempat, Carra tidak memilih langsung pemain The Reds. Mungkin bagi Carra Liverpool sepatutnya mencabar kejuaraan liga, bukan mencabar tangga keempat. Tangga keempat ni biar Arsenal sahaja yang hadap.

Gambar : Dream Team

Gary Neville

Gary Neville yang juga bekas jurulatih Valencia memilih formasi tradisional 4-4-2, dengan Harry Kane dan Diego Costa mengepalai bahagian serangan. Kalau pasukan ini betul-betul beraksi di atas padang, tak pastilah berapa kali Kane memaki Costa yang sering merembat bola ke gawang lawan tak tentu hala.

Barisan pemain tengah pula diisi oleh dua pemain Chelsea, Kante dan Hazard, seorang pemain Spurs, Alli dan juga pemain Manchester City, De Bruyne. Selain Kante, ketiga-tiga pemain tengah ini mempunyai kualiti kawalan bola yang baik serta gelecekan yang lemah gemalai bagaikan penari makyong di malam kebudayaan Kolej 4 Universiti Malaya.

Empat pemain pertahanan yang menarik minat Neville ialah Azpilicueta, David Luiz, Danny Rose dan Toby Alderweireld, manakala penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois pula mengisi posisi di antara kedua-dua tiang gol.

Gambar : Dream Team

Gol Terbaik

Gol terbaik pilihan Carra ialah gol sepakan gunting Andy Carroll ketika menentang Crystal Palace pada bulan Januari lalu. Carroll ketika itu bagaikan dirasuk roh Zlatan Ibrahimovic, dan menjelmakan keajaiban dunia buat tontonan umum.

Gary pula memilih gol tendangan kala jengking daripada jejaka kacak Arsenal, Olivier Giroud juga ketika menentang Crystal Palace. Agaknya kalau nak jaringkan gol cantik kena lawan Crystal Palace baru menjadi, kecuali kalau nama kau Wayne Rooney.

Lain-lain Kategori

Gambar : Dream Team

Pengurus terbaik pilihan Carra ialah pengurus juara, Antonio Conte manakala Neville lebih menyukai hasil kerja Mouricio Pochettino di Spurs. Pemain terbaik pula Carra menyukai cara Hazard membantu Chelsea dan Neville memilih Kante.

Pemain muda terbaik pilihan Carra ialah Alli dan Neville memilih Leroy Sane dari Manchester City, manakala bagi kategori pembelian terbaik Neville memilih penyerang bekas pasukannya, Zlatan Ibrahimovic dan Carra memilih Kante.

Carra juga berasa Gabriel Jesus adalah pemain yang perlu diberi perhatian pada musim depan, manakala Neville memilih David Luiz? Seriously Neville, Luiz?

Ternyata kedua-dua lagenda ini memang tidak sependapat meskipun merupakan BFF till Jannah.

Sumber artikel : Dream Team