Barcelona Sudah Mati – Arrigo Sacchi

Eikrem 5 bulan yang lalu

Jurulatih lagenda Itali, Arrigo Sacchi hari ini telah memanaskan punggung penyokong Barcelona apabila dia mengatakan bahawa pasukan Catalan tersebut sudah mati, sambil mendakwa gergasi Itali, Juventus, bakal mengambil alih tempat Barcelona di eropah.

Minggu ini Barcelona telah dibelasah juara Ligue 1, Paris Saint Germain 4-0 di tempat lawan dalam perlawanan pusingan 16-pasukan Liga Juara-juara. Sebelum ini Barcelona juga pernah dibelasah Bayern Munich 4-0 dalam pusingan pertama, dan dalam pusingan kedua,  mereka merelakan diri dibelasah 3-0, menjadikan aggregat 7-0.

Sacchi turut berkata aura kekebalan Barcelona telah bertukar menjadi aura kebebalan dengan bintang utama mereka Leo Messi telah hilang seri.

“Barcelona telah mati,” Sacchi memulakan bicara.

Skuad terbaik Barcelona

“Ada satu lagi kuasa masih kekal sehingga kini iaitu Real Madrid, tetapi mereka juga sedang dicabar oleh pasukan-pasukan yang baru nak naik.

“Saya rasa Juventus boleh menjadi gergasi yang baru. Mereka semakin meningkat maju dan tak mustahil mereka bakal mengenepikan Real Madrid.

“Sekarang kita tengok Barcelona bukan lagi Barcelona yang dulu. Dalam La Liga mereka boleh menang selesa kalau bertemu pasukan lemah, tetapi hancur bila bertemu pasukan kuat. Engkorang dah tak boleh tengok pasukan yang dulunya agresif, teratur dan sentiasa laparkan kemenangan.

“Barcelona telah mendominasi eropah selama 10 tahun. bermain dengan cara yang kadang-kadang tu memang marvellous. Mereka bagaikan mengajar seluruh dunia bagaimana caranya untuk bermain bola.

“Tapi kini mereka dah pun tepu, dengan Messi pun dah tak boleh lepas orang di depannya. Seluruh sistem Barcelona kini bagaikan sudah ranap.

Messi sudah lupa bagaimana untuk menggelecek

Messi kini dikatakan sedang berunding untuk mendapatkan kontrak baru bersama Barcelona, namun perbincangan masih lagi menemui jalan buntu.

Sacchi menambah lagi, “Juventus memiliki satu kelab yang kuat dengan idea yang jelas. Jurulatih mereka, Max Allegri ialah seorang yang hebat, cerdik dan efektif. Para pemain pun dapat terjemah arahannya dengan jelas.

Psiko juga tengok muka Allegri ni

Sama ada ramalan Sacchi ini bakal menjadi kenyataan, hanya masa yang bakal menentukan. Barcelona kini jelas tidak mampu lagi mengulangi dominasi era Guardiola suatu ketika dahulu. Khabar angin bertiup kencang mengatakan La Blaugrana sedang meriki Jurgen Klopp untuk menggantikan Luis Enrique.

Kita tunggu tengok je lah.