Barcelona Sekarang Sudah Lemah : Bonucci

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Pemain Juventus, Leonardo Bonucci berkata pasukan The Old Lady tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk membalas dendam terhadap Barcelona yang mengalahkan mereka dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara pada tahun 2015 yang lalu, dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada peringkat suku akhir Liga Juara-juara hari ini.

Dalam perlawanan di Berlin tersebut, pasukan Catalonia tersebut dengan mudah menewaskan jaguh Turin dengan keputusan 3-1, hasil jaringan Ivan Rakitic, Luis Suarez dan juga Encik Neymar.

Barcelona merangkul UCL pada tahun 2015

Walaubagaimanapun, menurut Bonucci, pasukan Barcelona sekarang tidak lagi sekuat dulu dan mereka yakin mereka akan layak ke separuh akhir nanti, mengenepikan pasukan Blaugrana ini.

"Perlawanan akan berbeza kali ini kerana pertahanan kami lebih mapan, dan Barcelona pula tidak sekuat tahun 2015," kata Bonucci.

"Kami mungkin sedikit kurang dari segi kekuatan fizikal di bahagian tengah berbanding 2015 kerana Arturo VIdal dan Paul Pogba telah pergi, tetapi kami ada pengganti yang lebih kurang sama padan. Lagipun, kami lebih matang berbanding dahulu.

"Bagi pihak Barcelona pula, Neymar kena usaha lebih sikit, Javier Mascherano pula dah tua sedikit manakala Ivan Rakitic lebih matang di tengah padang.

Kerana kepenatan Bonucci hanyna mampu memberi 'like'.

"Bagi aku, kedua-dua pasukan ini mempunyai barisan pertahanan yang kental, tapi kami lebih bagus, walaupun kami bermain dengan cara yang berbeza," tambahnya.

Barcelona sebelum ini mengejutkan seluruh dunia apabila menewaskan Paris Saint Germain 6-1 dalam perlawanan timbal balik di Nou Camp, kalau Juventus mahu mengelakkan menjadi lauk seperti PSG, mereka perlu lebih berhati-hati dalam menyentuh pemain Barcelona.

Yelah, pemain Barcelona ni ibarat puding, kau pegang kuat sikit dah berterabur atas lantai, lepas tu kena marah.

Sumber berita : Sportskeeda


Share Tweet


Paparkan Komen