Barcelona Pecah Rekod 46 Tahun La Liga

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Barcelona muncul kelab pertama La Liga dalam tempoh 46 tahun yang tidak mendapat kad merah, atau memberikan penalti kepada pihak lawan dalam 28 perlawanan dalam satu musim. Meskipun diliihat mendapat layanan istimewa daripada pengadil di peringkat eropah, Barcelona sebenarnya mendapat layanan yang berbeza di La Liga.

Pique memprotes pengadil dalam perlawanan menentang VIllareal.

Selepas perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 antara Barca dan Villareal Januari lalu, Pique memberikan isyarat kepada Javier Tebas, bos La Liga. Bagi Pique, Barcelona dinafikan beberapa penalti dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan menentang Valencia pada minggu lalu merupakan perlawanan yang ke-28 mereka, dan mereka masih belum dihukum dengan tendangan penalti atau kad merah, menjadikan mereka pasukan pertama sebersih ini selepas 28 perlawanan sejak musim 1970-71.

Banyak juga gol penalti Messi. Patutkah Messi tukar nama kepada Mesalti?

Sebaliknya, Barcelona selalu mendapat penalti dan pemain lawan mendapat kad merah, dan yang terbaharu ialah Elaquim Mangala - pertahanan Valencia yang dilayangkan kad merah setelah mengasari Luis Suarez, yang menyebabkan penyerang Uruguay itu pengsan seketika akibat kecederaan yang sangat teruk.

Mangala dilayangkan kad merah

Kali terakhir lawan Barcelona dianugerahkan penalti ialah pada 14 Februari 2016, ketika menentang Celta Vigo. Manakala kali terakhir pemain Barca dilayangkan kad merah adalah pada 25 Oktober 2015, apabila Javier Mascherano dihukum ketika menentang Eibar.

Sepatutnya semua pasukan di seluruh dunia belajar bermain bola daripada Barcelona, bagaimana untuk bermain secara bersih tanpa kekasaran. Setakat ini Barcelona menduduki tangga kedua La Liga, dua mata di belakang musuh utama, Real Madrid.

Sumber berita : The Sun




Paparkan Komen