Barcelona Hilang Tujuh Pemain Menjelang Pertemuan Menentang Juventus

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Barcelona kini di ambang krisis kecederaan yang teruk menjelang pertemuan kedua pusingan suku akhir Liga Juara-juara menentang Juventus di Nou Camp esok, di mana tujuh pemain mereka - Arda Turan, Gerard Pique, Sergio Busquets, Jeremy Mathieu dan Javier Mascherano kini tidak pasti akan diturunkan atau tidak kerana kecederaan.

Sebelum ini, dua pemain Barca telah mengalami kecederaan jangka masa panjang, Alex Vidal dan Rafinha.

Pada pertemuan pertama minggu lalu, Barcelona dijinakkan Juventus 0-3 hasil jaringan Paolo Dybala dan Giorgio Chiellini, dan pastinya Barcelona perlukan keajaiban baik daripada pemain atau pengadil untuk mengulangi kebangkitan menakjubkan ketika menewaskan Paris Saint Germain pada pusingan 16 pasukan.

Gerard Pique dan Sergio Busquets dijangka sempat sembuh daripada kecederaan tetapi setakat hari Isnin, kedua-dua pemain ini dilihat tidak berlatih bersama rakan sepasukan yang lain. Media Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan bahawa Pique mungkin akan bermain, meskipun masih cedera, untuk digandingkan dengan Samuel Umtiti.

Samuel Umtiti bakal berseorangan?

Pilihan lain untuk posisi pertahanan tengah, Javier Mascherano dan Jeremy Mathieu juga dilihat tidak berlatih bersama rakan yang lain.

Arda Turan yang tercedera ketika mewakili Turki bulan lalu juga dijangka tidak sempat cergas sebelum pertemuan menentang Juventus nanti, dan kemungkinan besar, pemain ini juga akan terlepas El Classico pada hujung minggu ini. Selain Turan, Neymar juga tidak dapat bermain menentang Real Madrid kerana masih lagi dalam tempoh penggantungan.

Neymar boleh bermain pada hari Rabu, tetapi tidak pada hari Ahad.

Minggu ini bakal menentukan nasib Barcelona pada musim ini di mana mereka bakal menghadapi dua perlawanan penting, menentang Juventus pada hari Rabu dan juga Real Madrid  pada hari Ahad. Jika Blaugrana berjaya memenangi kedua-dua perlawanan, trofi Liga Juara-juara dan La Liga dah boleh diserahkan kepada mereka dengan segera.

Sumber berita : Sportskeeda




Paparkan Komen