The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Balotelli Boleh Kekal di Anfield disebabkan Man Utd

Eikrem pada August 4, 2015

Satu kesilapan besar Brendan Rodgers musim lalu ialah menggunakan duit hasil jualan Luis Suarez dengan membeli pemain yang sering dikaitkan dengan masalah, Mario Balotelli.

Pemain berharga 16j GBP itu sekadar menjaringkan 4 gol dalam 28 penampilan bersama The Reds, walaupun menjaringkan 30 gol dalam 54 perlawanan untuk AC Milan pada musim-musim sebelumnya.

Berikutan penambahan pemain di bahagian serangan di Anfield, Brendan Rodgers tidak melihat Balotelli sebahagian dari perancangannya. Tambahan pula, gaji Balotelli agak tinggi untuk dijadikan pemain yang bermain di liga simpanan, dengan 80 000 GBP seminggu.

20090803_173510_ss_lazio
Lazio berminat untuk mendapatkan khidmat Balotelli

Pasukan Serie A, Lazio dilihat berminat untuk meminjam Balotelli dengan yuran pinjaman 1.5j GBP selama setahun, dengan pilihan untuk membeli secara kekal pada harga 12j GBP.

Tetapi..

Lazio hanya akan mendapatkan Balotelli sekiranya mereka berjaya layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah (UCL).

Baca juga : Ramalan Kedudukan Akhir EPL 2015-16

Untuk layak ke peringkat kumpulan UCL, Lazio perlu bermain di peringkat kalah mati terakhir dan sebagai pasukan bukan pilihan, Lazio berpotensi untuk bertemu Manchester United, yang menjadi pasukan pilihan untuk pusingan kalah mati tersebut.

Jadi pendek ceritanya, Manchester United berpotensi untuk menambah pening kepala Brendan Rodgers dengan menewaskan Lazio sekiranya mereka bertemu nanti.


Download aplikasi The Sukan di Google Play