The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Bagaimana Langkah Untuk Menubuhkan Kelab Bola Sepak di Malaysia

Eikrem pada August 16, 2015

Majalah bola sepak terkemuka, FourFourTwo (442) telah menemuramah Ketua Jabatan Pertandingan di FAM, Shazli Shaik berkenaan Liga FAM dan cara-cara mendaftarkan kelab untuk bermain di liga anjuran FAM.

S:            Bagaimana sebenarnya liga FAM berfungsi?

J:             Liga FAM terbahagi kepada dua kumpulan untuk menempatkan kesemua 19 pasukan. Kedia-dua juara pasukan akan dinaikkan ke Liga Perdana. Kedua-dua juara kumpulan juga bakal berentap dalam satu perlawanan akhir untuk menetukan juara keseluruhan Liga FAM.

S:            Bagaimana sesuatu pasukan itu boleh menyertai Liga FAM?

J:             Mereka mesti menjadi juara atau naib juara di liga negeri masing-masing. Contohnya JDT III, dulu dikenali dengan Johor Military Force FC, menyertai (Liga FAM) selepas memenangi piala Menteri Besar Johor tahun lepas. Sama juga dengan AirAsia Allstars, megah Murni, Ipoh dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, setiap FA negeri boleh juga mecadangkan pasukan untuk bertanding di Liga FAM, terutamanya andai kata pasukan juara atau naib juara liga negeri tersebut tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk bersaing.

Selepas mendapat cadangan dari FA negeri, jawatankuasa pertandingan FAM akan mengkaji sama ada pasukan tersebut mengikut tatacara dan peraturan FAM atau tidak. Contohnya;

  • Mereka mesti berdaftar dengan Pejabat Pesuruh Jaya Sukan Malaysia,
  • Bernaung di bawah FA negeri
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500,000.00 di dalam akaun bank pasukan.
  • Mereka juga perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai padang pertandingan,
  • Mempunyai padang latihan
  • Mampu untuk menyediakan hotel untuk pasukan tuan rumah dan pelawat.
PERLIS_squad_1st_Malaysia_Cup_Final
Pasukan Perlis di zaman kemuncak mereka

S:            Berapa lama biasanya masa diambil FAM untuk menentukan senarai akhir pasukan tyang akan bertanding di Liga FAM?

J:             Usai musim liga Malaysia berakhir, kami akan membuat oenentuan dalam masa sebulan. FA negeri perlu menghantar calon-calon sebaik sahaja liga negeri mereka berakhir, iaitu biasanya di bulan November. Kemudian kami akan kaji setiap pasukan dan menghantar surat rasmi untuk mengesahkan penyertaan mereka.

S:            Berapa ramaikah pemain diperlukan dalam satu pasukan?

J:             Untuk pasukan negeri, mereka hanya dibenarkan untuk mempunyai 25 pemain. Bagaimanapun memandangkan mereka terlibat dengan Piala Presiden dan Piala Belia, mereka boleh memanggil tiga pemain muda dari setiap pasukan tersebut (menjadikan jumlah pemain seramai 31 orang.)

Untuk pasukan kelab, mereka boleh menyenaraikan 30 pemain, tetapi 5 daripadanya berusia 21 tahun dan ke bawah.

11044519_1645372502357485_1343023451851470279_o
Melaka United – hampir pasti menjuarai Liga FAM kumpulan B

S:            Apa yang akan terjadi sekiranya sesuatu pasukan tersebut menarik diri dari Liga-M, contohnya seperti UPBMyTeam, Selangor MPPJ, Cebagoo dan Perak YBU?

J:             Selalunya mereka akan kembali ke liga negeri masing-masing. Seperti yang disahkan jawatankuasa, mana-mana pasukan boleh menarik diri dari Liga FAM asalkan ia dilakukan sebelum kami mencalonkan mereka untuk bermain di liga tersebut.

Contohnya, kami calonkan Real Mulia FC untuk bermain di Liga FAM, tetapi sebelum liga bermula, mereka memohon untuk menarik diri. Apabila perkara demikian berlaku, maka kami akan menghukum mereka –selalunya denda yang berat dan akan disenarai hitamkan dari menyertai liga FAM selama X tahun. Semasa menjalani hukuman, mereka tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan anjuran FAM dan persatuan naungannya. Tetapi, mereka tidak akan dihukum sekiranya mereka memohon untuk menarik diri sebelum mereka dicalonkan untuk bermain di Liga FAM.

S:            Adakah pasukan yang menarik diri dari Liga FAM akan dibenarkan untuk menyertai liga itu semula di masa hadapan?

J:             Ya, melainkan mereka masih lagi di dalam tempoh menjalani hukuman.

S:            Jadi, kelab yang baru ditubuhkan perlu bermula dari liga negeri?

Baca juga : Perebutan takhta Liga Perdana

J:             Ya. Sesetengah negeri mempunyai tiga atau empat divisyen liga. Kalau anda adalah kelab baru, maka anda perlu bermula dari liga paling bawah, jadi proses untuk naik ke Liga FAM mungkin akan mengambil masa sehingga empat tahun. Perkara ini penting sebagai pendedahan kepada pemain dan pihak pengurusan untuk menyesuaikan diri dengan liga amatur sebelum mereka menceburi liga semi-pro.

Bagaimanapun, pasukan yang baru ditubuhkan masih boleh terus menyertai Liga FAM sekiranya mereka dicalonkan FA negeri.

S:            Perlis dan Melaka tidak mempunyai liga negeri. Andai kata kelab dari kedua-dua negeri ingin menyertai Liga FAM, bagaimana mereka boleh lakukakannya?

J:             Mereka perlu menyertai liga negeri terdekat dengan mereka.

S:            Memandangkan kita tidak mempunyai divisyen ke empat liga Malaysia, apa yang akan terjadi kepada pasukan di tangga tercorot Liga FAM?

J:             Pada tahun-tahun sudah, dua pasukan tercorot akan diturunkan ke liga negeri masing-masing, tetapi sekarang kita mahukan liga yang lebih kompetitif, jadi penurunan liga tidak semestinya akan berlaku.

S:            Adakah FAM memberikan bantuan kewangan untuk pasukan yang bertanding di Liga FAM?

J:             Buat masa ini, kami tidak membantu mereka dari segi kewangan kerana mereka perlu menyediakan kewangan yang kukuh untuk menyertai Liga FAM dan bermain di Liga Perdana di masa hadapan. Walau bagaimanapun, kami ada menyediakan bonus bagi pasukan yang menduduki tangga atasan liga.

Baca juga : Persamaan Liga Malaysia dan EPL

S:            Memandangkan penswastaan liga Malaysia akan berlaku tahun hadapan (2016), adakah pasukan kelab di Liga FAM perlu memohon lesen kelab?

J:             Tidak semestinya. Peraturan tesebut hanya dikenakan terhadap pasukan yang bermain di bawah Football Malaysia Limited Liability Partnership (Bolasepak Malaysia Perkongsian Liabiliti Terhad) – seperti Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

download
Real Mulia FC berjaya mecabar rapat Perlis sehingga ke penghujung saingan kumpulan A liga FAM

Walau bagaimanapun, kelab-kelab di Liga FAM adalah digalakkan untuk memohon perlesenan sebelum mereka dinaikkan ke Liga Perdana seperti yang telah dilakukan Melaka United.

S:            Bagaimanakah peminat bola sepak tanah air boleh mengetahui perkembangan sukan semasa?

J:             Mereka boleh layari laman web www.www.thesukan.com atau Facebook page The Sukan.

Disclaimer :  Soalan terakhir adalah rekaan dan angan-angan penulis semata-mata. Terima kasih.


Download aplikasi The Sukan di Google Play