Azizulhasni Awang Bakal Kembali Meraih Gelaran Nombor Satu Dunia Acara Keirin

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Azizulhasni Awang melalui detik penuh dramatik sebelum meraih pingat emas buat kali ke-9 di Asian Track Championship 2019 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.

Gelaran juara Asia buat kali ke-9 buat anak kelahiran Terengganu itu dalam acara pecut. Itu kejayaan terkini Azizulhasni.

Sebelum ini dalam acara Keirin Azizul sekadar menduduki tangga ke-5 namun sudah cukup untuk kembali gelaran nombor satu dunia.

Bakal memotong

Kedudukan nombor satu dunia ketika ini dipegang oleh pelumba dari Australia Matthew Glaetzer yang mengumpul 2500 mata dan Azizulhasni berada di kedudukan kedua dengan 2,445 mata.

Namun tempat kelima di kejohanan sudah cukup buat Azizulhasni yang mengumpul 420 mata tambahan menjadikan mata terkumpul 2865 mata.

Secara tidak rasmi Azizulhasni sudah menjadi nombor satu dunia dan raking akan dikemaskini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas kejohanan di Jakarta selesai.




Paparkan Komen