The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Awangku Mohd. Farris Mahmud Pemain Piala Presiden Sabah Meninggal, Rozaimi Dilaporkan Stabil

Encik Bakri pada July 6, 2015

KOTA KINABALU – Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Awangku Mohd. Farris Mahmud, 21, yang terlibat dalam kemalangan bersama penyerang pasukan bola sepak negara, Md. Rozaimi Abd. Rahman, 23, di Kilometer 3.5, Jalan Tuaran petang tadi, disahkan meninggal dunia malam ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dipetik sebagai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

“Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Md. Rozaimi dikatakan sudah sedarkan diri dan boleh bercakap serta dilaporkan stabil.

Baca : Rozaimi Masih Boleh Kembali Beraksi Di Arena Bola Sepak

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civic yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda itu dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.


Download aplikasi The Sukan di Google Play