The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Autobiografi Steven Gerrard – My Story

Eikrem pada September 18, 2015

Kapten lagenda Liverpool, Steven Gerrard telah menerbitkan buku autobiografi terbarunya, My Story. Buku ini akan dilancarkan tidak lama lagi, namun sedikit sedutannya telah diterbitkan di Daily Mail, United Kingdom. Kami di Daily Sukan akan menterjemahkan sedutan dari Daily Mail buat bacaan The Kops Malaysia.

My Story - autobigrafi terbaru dari Gerrard
My Story – autobigrafi terbaru dari Gerrard

****

Saya telah melihat ramai pemain baru yang berjalan masuk ke padang latihan Liverpool. Saya perhatikan setiap dari mereka dengan penuh perhatian sambil berfikir sama ada kami membeli seorang bintang atau sampah, seorang raja atau macai, seorang Xabi Alonso atau seorang El Hadji Diouf, seorang Luis Suarez atau seorang Mario Balotelli.

Sepanjang saya bersama Liverpool, ada tiga pemain yang benar-benar cemerlang di mata saya. Kesemua mereka berbahasa Sepanyol. Setiap dari mereka membangkitkan semangat dan emosi dalam diri saya dan setiap penyokong Liverpool. Fernando Torres. Xabi Alonso. Luis Suarez.

fernando torres liverpool
Penyerang yang sangat digeruni ketika bersama kelab Anfield
Xabi - pemain tengah terbaik dunia bagi Gerrard
Xabi – pemain tengah terbaik dunia bagi Gerrard

Selepas sesi latihan pertama bersama kami pada Ogos 2004, jelas sekali Alonso bagaikan satu anugerah, dan Rafa Benitez, yang bertindak bijak ketika membelinya, juga bertindak bodoh apabila menjualnya kepada Real Madrid lima tahun kemudian. Alonso, dengan kata lain, adalah pemain tengah terbaik yang saya pernah bermain bersama.

Ia adalah satu tindakan yang merugikan apabila dia dijual, terutamanya hanya pada 30juta GBP – yang boleh dikatakan tidak munasabah jika dibandingkan pada pencapaiannya di Real Madrid, Bayern Munich dan bersama Sepanyol, memenangi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia. Saya menunding jari kepada Rafa sepenuhnya di atas kehilangan Alonso. Dia masih lagi mampu untuk bermain bersama Liverpool untuk enam atau tujuh tahun ketika dia berhijrah pada 2009.

Sejujurnya, saya lebih menyesali tentang kehilangan pemain istimewa kami – Alonso, Torres dan Suarez – berbanding pemain baru yang teruk.

Suarez, pemain yang rajin berlari, mengejar bola dan berusaha untuk dapatkan bola dan berlari lagi – dan pada masa yang sama dia mampu menghasilkan gerakan yang menakjubkan dan gol yang cantik. Adakalanya ketika saya bermain bersama Suarez saya berasakan seperti disihir. Dia memukau saya dengan bakatnya.

Torres adalah pemain paling hampir setaraf Suarez. Kami bersama selama dua tahun dan Torres membuatkan saya berasa sangat hebat. Saya sentiasa tahu di mana Torres berada, ke mana dia akan bergerak. Saya bukanlah pemain nombor 10 yang asli, tetapi Torres membuatkan saya berasa seperti itu. Musim terbaik saya bermain sebagai nombor 10 adalah kerana dibantu Torres pada 2007-08.

Tetapi, apapun, Suarez masih lagi yang terbaik. Saya bayangkan saya pasti lebih menyeronokkan bermain bersama Suarez dari zaman saya muda hingga zaman kemuncak saya, dan tidak mustahil kami akan menjadi satu fenomena yang hebat selama bertahun-tahun. Itulah satu-satunya perkara yang saya agak kecewa.

Satu contoh berkenaan apa yang Suarez lakukan pada saya. Pada 13 Mac 2012, saya menjaringkan hattrik di Anfield menentang Everton. Itu adalah hattrik pertama dalam 30 tahun perlawanan derbi Merseyside, sejak Ian Rush melakukannya di Goodison Park pada 1982. Peristiwa itu bertambah manis apabila dibantu magis Suarez yang tidak mementingkan diri sendiri pada malam itu. Saya tak pasti kalau Suarez sanggup untuk berbuat demikian kepada Daniel Sturridge. Selalunya ada sedikit persaingan antara Sturridge dan Suarez.

Bila difikirkan kembali, terutamanya menentang Everton, Suarez bukan menjadi dirinya yang sebenar. Dia terlebih dahulu membantu Liverpool – dan saya – untuk bermain seperti raja.

Rakan sepasukan yang sangat disanjung Gerrard
Rakan sepasukan yang sangat disanjung Gerrard

Mereka yang selalu mencaci Suarez, sedangkan tidak pernah bertemunya, pasti akan terkejut jika mereka berpeluang untuk mendapat hasil dari sikap tidak mementingkan diri sendiri dan sanggup untuk berkorban demi pasukan. Dia akan berlari ke seluruh bahagian padang. Dia menjaringkan gol. Dia juga mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Dia adalah seorang yang keras dan merupakan seorang lawan yang teruk. Dia selalu menyerlah. Kamu akan mampu menewaskan sesiapa sahaja di dalam dunia ini jika kamu ada Suarez.

Tetapi, tidak semua pemain baru Liverpool menjadi sepertinya.

Dari kalangan yang teruk, saya tidak mahu membazir masa berfikir tentang El Hadji Diouf tetapi agak berbaloi untuk bercakap mengenai masa yanag dibazirkannya di Liverpool dan juga sebagai contoh bagaimana kesilapan dilakukan.

Gerard Houllier, seorang pengurus yang bagus dan selalunya bijak menghakimi karakter seseorang, telah membeli Diouf pada musim panas 2002. Gerard membeli Diouf pada harga 10juta GBP dari Lens – semata-mata di atas cadangan dari bekas pembantunya, Patrice Bergues, yang melatih Diouf di Lens.

Diouf - rakan sepasukan yang paling tidak disukai Gerrard
Diouf – rakan sepasukan yang paling tidak disukai Gerrard

Saya faham kenapa Gerard Houllier agak tergesa-gesa membeli pemain itu, tetapi dia tidak mengenali sifat sebenar Diouf. Dia adalah salah seorang dari tiga pemain yang sepatutnya menjadikan Liverpool sebagai juara Liga Perdana.

Kami menamatkan musim sebelumnya sebagai naib juara kepada Manchester United dan kombinasi Diouf, Salif Diao dan Bruni Cheyrou sepatutnya menambah kekuatan kami untuk mencabar kejuaraan. Mungkin itu adalah pembaziran 18juta GBP yang paling besar buat Liverpool.

Kami menamatkan musim tersebut di tangga kelima dan Diouf telah membuktikan dia adalah pemain Liverpool yang saya paling tidak suka.

Saya melihat Diouf, sebagai seorang yang tidak berminat akan bola sepak dan dia langsung tidak perduli pasal Liverpool. Contohnya, tindakannya meludah kahak ke arah penyokong Celtic dalam satu perlawanan Piala UEFA di Parkhead pada Mac 2003 menyimpulkan sikapnya yang menjengkelkan dan penuh hina.

Diouf meludah kahak pekat ke arah penyokong celtic
Diouf meludah kahak pekat ke arah penyokong Celtic

Beberapa orang bertanyakan saya berkenaan perbandingan antara Diouf dan Mario Balotelli – dan saya selalu cakap tiada. Saya ada rasa hormat kepada Balotelli tetapi langsung tidak kepada Diouf.

Balotelli kadang kala boleh jadi seorang yang mengangumkan – sesuatu yang langsung tidak dapat dikatikan dengan Diouf. Satu-satunya nilai positif bagi Diouf ialah dia selalu bekerja-keras di dalam padang. Dia selalu mahukan bola dan dia tidak menghilang.

Tetapi makin lama saya kenali Diouf, makin saya menganggap dia bukanlah pemain bola sepak yang biasa. Saya nampak bola sepak semakin dipengaruhi kehidupan sosialnya.

Sekurang-kurangnya Balotelli adakalanya masih mampu membuat saya tersenyum, dan saya masih berharap agar suatu hari nanti kariernya akan berada di landasan yang tepat dan dia mampu membuktikan kehebatannya secara konsisten.

Pada musim terakhir saya,  Brendan Rodgers datang kea rah saya di Melwood pada suatu hari pertengahan bulkan Ogos. Kami berborak di padang latihan. Dia berkata,”Kamu tahu kan kita terlepas untuk dapatkan beberapa pemain. Jadi, saya tiada pilihan lain melainkan untuk mempertaruhkan nasib.”

Gerrard masih berharap Balotelli mampu fokus ke bola sepak
Gerrard masih berharap Balotelli mampu fokus ke bola sepak

Brendan diam seketika sebelum menyambung semula,”Pertaruhan itu ialah Mario Balotelli.” Reaksi spontan saya ketika itu ialah, “Alamak!”

Saya tidak pernah bertemu Balotelli sebelum itu dan cerita di mana dia bermain mercun di dalam rumah dan Jose Mourinho mengelaskan dirinya sebagai ‘pemain yang tidak boleh diurus’. Saya faham apa yang Mourinho katakan. Ketika moodnya baik, dia adalah pemain bola sepak yang berkualiti tetapi keseluruhan kariernya nampaknya seperti satu pembaziran bakat yang amat sangat. Itulalh pandangan saya tentang Balotelli.

Tetapi saya juga perlu akui, ketika dia bermain bersama Itali, dia mampu untuk menterjemah bakatnya dalam sekelip mata. Apabila dia menjaringkan gol kemenangan ketika menentang England pada Piala Dunia 2014 bulan sebelum penyertaannya di Liverpool, dia mempamerkan gerakan yang membuatkannya sukar untuk dikawal. Saya memberitahu Brendan, di dalam padang, kamu boleh lihat dia sebagai seorang yang besar dan gagah perkasa. Brendan ternyata bersetuju dengan pandangan saya kerana sebab itulah dia fikir pemebelian Balotelli mungkin berbaloi jika dibandingkan dengan risikonya. Brendan mengatakan Balotelli sudah tiada arah tuju – dan Liverpool nampaknya menjadi medan terakhir untuk Balotelli bersinar di kelab besar.

Dia telah ditawarkan kontrak yang sangat ketat. Sebarang perilaku buruk akan terus dihukum.

Saya selalu cuba membuka minda saya setiap kali pemain baru menyertai kami. Reputasi Balotelli telah dibuktikan sebelum ini tetapi saya masih cuba berfikiran positif. Dia telah menarik perhatian saya sebaik sewaktu sesi set piece dalam situasi bertahan dan Balotelli telah memberitahu Brenda, “Saya tidak boleh menjaga lawan sewaktu sepakan sudut. Saya memang tidak boleh.”

Hampir nak pengsan saya dibuatnya. Saya fikir,”engkau ni jenis apa? Enam kaki tiga inci, dan salah seorang manusia terkuat pernah aku jumpa di atas padang? Tapi kau tak boleh menjaga pemain lawan semasa sepakan sudut?”

Brendan telah berlaku tegas. Dia memberitahu Balotelli, “ Baiklah sekarang kau boleh – dan jika kau masih tidak reti kau akan belajar.”

Itu adalah konflik pertama Brendan dengan Balotelli, pada hari pertama, tetapi Brendan benar-benar sering menyebelahi Balotelli. Dari detik itu, Balotelli mula menjaga lawan ketika sepakan sudut.

Debutnya bersama Liverpool adalah pada 31 Ogos 2014 bermain di Tottenham, dan dia bermain baik. Kami menang 3-0. Dia tidaklah cemerlang tetapi dia bekerja keras dan nampak seperti pemain berpasukan. Malangnya, ia tidak kekal begitu.

Sepuluh hari kemudian Daniel Sturridge telah cedera ketika latihan bersama England. Dia tersisih untuk beberapa minggu.

Secara tiba-tiba Mario menjadi taruhan kami yang bahaya – kerana saya tahu Balotelli tidak akan mampu menjadi penyerang tunggal seperti yang kami mahukan.

Segalanya semakin kusut dan sukar. Bermain di tempat lawan di Basel dalam Champions League, Balotelli bermain dari minit pertama dan dia terkapai-kapai.

Selepas debut yang positif di Tottenham dia seolah-olah hilang ketika latihan dan perlawanan berikutnya. Sikapnya sangat mengecewakan. Ketika itu saya terus mempunyai andaian yang tidak enak tentang Balotelli.

Tiada persengketaan antara kami. Kami baik-baik sahaja. Saya masih mencuba untuk membantunya dan mencari peluang untuk memujinya.

Tetapi akhirnya saya nampak benarnya kata-kata Mourinho yang Balotelli ialah pemain yang tidak boleh diuruskan.

Mourinho mendakwa Mario adalah seorang pemain yang tidak boleh diuruskan
Mourinho mendakwa Mario adalah seorang pemain yang tidak boleh diuruskan

Dia sangat berbakat dan berpotensi menjadi pemain kelas dunia, tetapi dia tidak akan mencapat tahap itu kerana mentalitinya dan rakan-rakannya.

Balotelli selalu lambat, dan dia selalu mahukan perhatian, dia bercakap perkara yang tidak sepatutnya di media sosial.

Bagi saya, dia tidak bekerja keras secara konsisten. Kamu akan selalu tidak akan menang dengan Balotelli.

Dia selalu membuat silap.