Aubameyang: Perbezaan Di Antara Arsene Wenger & Jurgen Klopp

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah menerangkan perbezaan ketara di antara Arsene Wenger dan Jurgen Klopp sepanjang bermain di bawah jurulatih ini.

Aubameyang menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund pada Januari lalu dalam perjanjian rekod kelab berjumlah hampir  £60juta. Beliau cepat menyesuaikan diri di Arsenal dan telah menjaringkan 5 gol dari 4 perlawanan terakhirnya bersama The Gunners.

Klopp sayangkan Abu Mayat

Ketika bermain untuk Dortmund di Bundesliga, beliau sempat bermain di bawah dua jurulatih iaitu pengurus Liverpool sekarang, Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel. Tuchel merupakan calon hangat untuk menggantikan tempat Wenger sekiranya beliau mahu bersara penghujung musim nanti.

Menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle hujung minggu ini, Aubameyang telah menceritakan lebih lanjut mengenai pengalamannya bermain di bawah Wenger, Klopp dan Tuchel selain perbandingan beliau dengan legenda Arsenal, Thierry Henry.

"Klopp seorang yang mempunyai emosi yang kuat, Tuchel pula mempunyai sedikit elemen gila dan Wenger adalah individu yang sangat tenang. Jadi mereka ini mempunyai personaliti yang berbeza antara satu sama lain."

"Segalanya berjalan dengan baik sepanjang bermain di bawah ketiga-tiga jurulatih ini. Dan sekarang saya bermain di bawah Wenger dan segalanya berlansung dengan baik."

Tuchel ni gila sikit, menurut Abu Mayat

"Sebenarnya saya tidak tahu untuk membandingkan mereka kerana mereka bertiga mempunyai personaliti yang amat berbeza. Tetapi apa yang pasti semua jurulatih ini adalah mereka yang terbukti hebat. Sama ada Klopp di Liverpool atau Wenger di Arsenal."

Aubameyang turut mendedahkan beliau berasa dirinya 'difahami' oleh Tuchel dimana jurulatih itu pernah menggelar beliau sebagai penyerang yang 'sensitif' tahun lepas.

"Saya rasa saya dapat bermain baik di bawah Tuchel kerana beliau memahami saya. Beliau sering memberitahu saya yang beliau suka dengan gaya hidup saya."

"Tuchel adalah seorang yang sedikit gila kerana beliau mampu mencipta corak permainan baru ketika perlawanan sedang berlangsung. Dan anda akan berfikir adakah ia bakal membuahkan hasil ? Mujurlah ia berhasil."

Aubameyang mengakui permulaan kariernya di Arsenal agak sukar ditambah dengan beban berat menjadi pemain termahal dalam sejarah kelab yang dipikulnya. Beliau hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam 4 perlawanan pertamanya.

"Betul, saya mengharungi tempoh yang agak sukar pada permulaan karier bersama Arsenal. Kecergasan saya tidak berada pada tahap yang terbaik. Saya juga hilang sedikit sentuhan kerana saya tidak terlibat dalam banyak perlawanan sebelum berpindah. Saya hanya bekerja keras dan mujurlah keadaaan semakin bertambah baik sekarang."

Mungkin tugu Aubameyang akan berada bersebelahan tugu Henry di luar stadium Emirates tidak lama lagi

Walaupun mempamerkan persembahan yang meyakinkan kebelakangan ini, Aubameyang telah menolak perbandingan yang menyamakan beliau dengan legenda Arsenal, Thierry Henry.

Wujud persamaan di antara dua pemain ini dimana mereka bermula sebagai pemain sayap sebelum ditukar menjadi penyerang dan turut berkongsi nombor jersi yang sama iaitu No. 14.

"Henry adalah Henry. Beliau adalah legenda - anda tidak boleh membandingkan beliau dengan saya. Saya masih lagi baru disini. Saya menyarung jersi No. 14 dan saya bangga memakai nombor ini. Saya berharap suatu hari nanti saya mampu mencapai tahap Henry, kenapa tidak ?"




Paparkan Komen