Atletico Madrid Dedahkan Stadium Dan Logo Baru Mereka

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Atletico Madrid telah mengumumkan nama stadium baru mereka dalam satu majlis yang diadakan di Vicente Calderon dalam majlis yang sama Atletico juga telah melancarkan logo baru pasukan yang akan tersemat di dada jersi.

Nama baru stadium Atletico Madrid merupakan gabungan daripada nama penaja mereka, seorang bilionair daripada China dan juga nama stadium lama mereka sebelum Vicente Calderon yang menjadi laman sendiri.

Stadium Ateletico Madrid Dari Tahun 1903 Sehingga Sekarang

Atletico Madrid akan mula bermula bermain di stadium Wanda Metropolitano bagi perlawanan dilaman sendiri bermula tahun 2017 selepas nama stadium baru mereka di muktamadkan pada hari jumaat.

Atletico bermain di Estadio Metropolitano dari tahun 1023 sehingga 1966 sebelum berpindah ke Vicente Calderon yang mereka gunakan sekarang. Stadium Vicente Calderon dinamakan sempena nama bekas Presiden mereka iaitu Vicente Calderon.

Dalam pada itu Atletico Madrid juga telah mempersembahkan logo baru mereka sejajar dengan perpindahan mereka ke stadium baru.

Bercakap ketika majlis pembentangan penyerang Atletico, Fernando Torres berkata:

“Saya mengetahui tentang Metropilitano dari datuk saya, ia adalah suatu nama yang indah, seindah sinar sang suria, merdu irama sang bayu, tiada seindah wajahmu, tiada semerdu suaramu.

Revolusi Logo Atletico Madrid

“Bagi mereka yang mengalir darah Atleti di dalam jasad mereka, nama ini akan memberi perasaan yang penuh emosi. Saya boleh memberitahu datuk saya bahawa saya bermain di Metropolitano.

Logo cun, stadium lawa makin power. Grande!