Arsenal Sedia Lepaskan Ramsey Lebih Awal Kepada Juventus Dengan Satu Syarat

Izuddin oleh Izuddin 10 bulan yang lalu

Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey mungkin akan meninggalkan Emirates bulan ini dengan Juventus memiliki seorang pemain yang Unai Emery minati.

Pemain tersebut adalah pemain antarabangsa Morocco, Mehdi Benatia. Seperti semua sedia maklum, Arsenal berdepan masalah yang serius di bahagian pertahanan dan mereka terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan berkualiti yang mampu memperbaiki rekod pertahanan pasukan tersebut.

Ramsey berpeluang bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini sekiranya Juventus sanggup melepaskan Benatia

Ditambah pula pemain utama seperti Rob Holding yang mengalami kecederaan disamping prestasi tidak menentu Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny, Emery terdesak untuk mencari seserang yang mampu menggalas tugas sebagai bek tengah dengan baik.

Sebelum ini, laporan daripada beberapa sumber seperti sudah mengesahkan Ramsey telah menandantangani pra-kontrak dengan Juventus dengan rancangan untuk berpindah ke Itali sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.

Ramsey yang telah bermain untuk Arsenal selama 11 tahun tidak ditawarkan kontrak baru oleh pihak pengurusan dan pemain tersebut bebas untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab luar England yang berminat untuk mendapatkannya secara percuma musim hadapan.

Unai Emery sangat dambakan Benatia kerana bahagian pertahanannya bolos macam span

Walau bagaimanapun, Ramsey mungkin berpeluang untuk menyertai Juventus lebih awal sekiranya juara bertahan Serie A itu sanggup melepaskan Benatia kepada Arsenal, menurut satu laporan daripada akhbar Itali, Gazetta dello Sport.

Benatia yang pernah bermain untuk AS Roma dan Bayern Munich sebelum ini, gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Juventus dengan Massimiliano Allegri lebih berminat untuk menurunkan gandingan Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci di bahagian pertahanan tengah.

Namun begitu, terdapat juga laporan yang mengatakan Juventus tidak akan membenarkan Benatia berpindah bulan ini kerana kelab tersebut melihat Benatia sebagai pemain berguna dalam skuad mereka jika berlaku sebarang kecederaan.

Sekiranya Juventus tidak berminat dengan perjanjian pertukaran ini, Ramsey perlu menunggu hampir 6 bulan lagi sebelum menyertai Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan di Turin.

Benatia sering memanaskan bangku simpanan musim ini sejak kembalinya Bonucci dalam pasukan tersebut

Pemain antarabangsa Wales itu dilaporkan telah menandatangani pra-kontrak selama 4 tahun yang menyaksikan beliau menerima £145,000 seminggu, menjadikan beliau penerima gaji ke-3 tertinggi dalam skuad tersebut.

Ronaldo menerima gaji termahal diikuti dengan penyerang antarabangsa Argentina, Paulo Dybala.



Paparkan Komen