Arsenal Kedekut Nokharom & Walcott Malu Sehingga Berkata Mana? Mana?

Rusdy Ahmad 5 bulan yang lalu

Arsenal! Kau lupa sesuatu yang sangat diingati bagi sesebuah pasukan lawan dalam satu perlawanan penting.

Seperti kita maklum ini adalah perlawanan sejarah bagi pasukan Sutton United. Mereka antara kelab bukan liga ke-enam yang layak ke pusingan ke 5th FA Cup sejak 1945.

Kalau saya tak amik boleh tak? Kata Walcott

Sebelum mulanya perlawanan mereka bersalaman dan bertukar-tukar buah fikiran. Kapten Sutton United menghulurkan cenderahati kepada Walcott. Walcott seperti malu untuk mengambil panji-panji kebesaran Sutton United kerana ianya tidak berbalas walaupun dengan setepak sirih.

Namun pengadil berjaya mengawal keadaan dengan membaling siling untuk menentukan siapa yang sepak bola terdahulu.

Di Twitter ramai yang mengecam Arsenal dengan sengaja melupakan pemberian cenderahati kepada pasukan Sutton United.

Apa Kata Mereka?

Ya mungkin Arsenal akan memberikan satu cenderahati istimewa kepada Sutton United selepas perlawanan. Namun sebelum & sesudah adalah perkara yang tidak sama.

Perkara ini sangat memalukan Walcott. Semoga kelab lain menjadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran hidup.