Arsenal Cipta Rekod Baru Piala FA

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Kelab London yang dibimbing Arsene Wenger, Arsenal, berjaya menewaskan pasukan Manchester City, 2-1, dalam saingan separuh akhir piala tertua dunia tersebut di Wembley, hasil jaringan kemenangan Alexis Sanchez pada minit ke 101, separuh masa pertama masa tambahan.

Kejayaan Arsenal ini merupakan kejayaan Arsenal layak ke perlawanan akhir buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Kemenangan ini juga menjadikan Arsenal bakal memegang rekod pasukan yang paling banyak layak ke perlawanan akhir Piala FA, sebanyak 20 kali.

Manchester United pula menduduki tangga kedua pasukan yang paling kerap layak ke perlawanan akhir Piala FA, dengan 19 kali, diikuti oleh Liverpool sebanyak 14 kali dan Everton di tempat keempat dengan 13 kali.

Arsenal kini menyandang gelaran Piala FA terbanyak bersama Manchester United, dengan 12 gelaran dan pasukan London ini berpeluang untuk memintas pesaing mereka tersebut pada tahun ini.

Kali pertama Arsenal layak ke perlawanan akhir Piala FA ialah pada tahun 1927, namun tewas kepada kelab dari Wales, Cardiff City. Kejuaraan Piala FA yang pertama buat Arsenal adalah pada tahun 1930, menewaskan Huddersfield Town 2-0 di Stadium Wembley.

Semoga Arsenal berjaya memenangi Piala FA ada tahun ini untuk mengekalkan Professor Arsene Wenger sebagai pengurus di Emirates. Tak seronok pula kalau tiada Wenger.




Paparkan Komen