Applikasi Tinder Bakal Taja Manchester United

Eikrem oleh Eikrem 3 minggu yang lalu

Kelab terhebat dan terkuasa (baca paling power) Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah memerterai persetujuan dengan applikasi sosial Tinder sebagai penaja pasukan tersebut dengan nilai £12 juta setahun.

Logo applikasi ini juga akan dipaparkan di bahagian lengan jersi Manchester United bermula musim ini, menjadkan kelab Syaitan Merah ini kelab yang kesepuluh menggunakan ruang iklan di bahagian lengan dalam EPL.

Mungkinkah Fellaini bakal menjadi duta Tinder selepas ini? | Gambar : The Independent

Premier League menganggarkan nilai tajaan di lengan bernilai kira-kira 20 peratus daripada jumlah tajaan penaja utama, dan memandangkan Chevrolet menaja United sebanyak £50 juta setahun, maka Tinder perlu membayar dengan nilai yang telah ditetapkan, atau lebih.

Nexen menjadi penaja bahagian lengan Manchester City | Gambar : Daily Mail

Buat masa ini, Tinder mempunyai kira-kira 50 juta pengguna di seluruh dunia dan sebelum ini mereka pernah menaja pasukan Napoli di Serie A dan juga memberikan penyerang Poland, Arkadiusz Milik satu profil dating dalam applikasi tersebut.

Melalui penajaan ini, para penyokong United tidak perlu risau dimarahi isteri jika applikasi ini ditemui dalam telefon mereka. Cukup sekadar mengatakan bahawa applikasi ini digunakan sebagai satu bentuk sokongan kepada Manchester United.

Kepada yang masih belum maklum mengenai applikasi ini, sila komen "SAYA SUNYI" di ruangan komen untuk tutorial dan latihan daripada para admin The Sukan.

Sumber : Daily Mail


Share Tweet


Paparkan Komen