Apakah Itu Om Telolet Om Sehingga Michael Ballack Mencari Sebuah Jawapan?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Michael Ballack menjadi bingung kerana "diserang" #omteloletom di bahagian komen akaun media sosialnya sehingga melontarkan persoalan di laman Twitter menatang apakah itu Om Telolet Om?

Bukan sahaja Ballack, Ilija Spasojeviฤ‡, Radja Nainggolan dan juara MotoGP Marc Marquez juga diselubungi misteri. Situasi ini terjadi kerana netizen dari Indonesia membanjiri ruangan komen pemain bolasepak dengan komen Om telolet Om.

Bagaimana Om Telolet Om Menjadi Tular?

Di Indonesia Om Telolet Om telah berlegar-legar di ruangan muka buku sejak beberapa bulan yang lalu dan menjadi tular(viral) di peringkat dunia selepas dua orang DJ telah menggunakan Om Telolet Om di laman Twitternya beberapa hari lepas.

Apakah Itu Om Telolet Om?

Pada bulan November lepas seorang pengguna facebook di Indonesia telah memuat naik video kanak-kanak yang berhimpun di tepi jalan di Ngabul, Jepara, Jawa Tengah sambil menjerit "Om Telolet Om" kepada bas yang melalui jalan tersebut.

Ayat "Om Telolet Om" tu membawa maksud "Pakcik bunyikan hon Pakcik". Apabila pemandu bas tersebut menekan hon bas mereka, bunyi hon tersebut berbunyi seakan-akan Telolet Telolet.

Om pula panggilan kepada orang lebih dewasa samada abang atau pakcik. Apabila pemandu bas membunyikan hon jelas keceriaan dan kegembiraan terpancar diwajah anak-anak ini. Mudah terhibur betul.

Fenomena Telolet ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan Jepara dan pihak polis terpaksa menasihati pemandu bas supaya tidak membunyikan hon/telolet.

Om Telolet Om Sinonim Dengan Mourinho?

Ekoran fenomena ini yang melibatkan bas maka Mourinho menjadi bahan troll.




Paparkan Komen