The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Anuar Musa Tawar Diri Jadi Presdien FAM dan Cadangkan MB Kelantan Sebagai Presiden KAFA

Encik Bakri pada November 26, 2016

Tan Sri Anuar Musa tanpa segan silu dan yakinnya secara terbuka telah menawarkan diri sebagai presiden FAM dan TSAM juga telah mencadangkan Menteri Besar Kelantan menjadi penggantinya sebagai Presiden KAFA.

TSAM menjelaskan bahawa beliau tidak mahu merebut jawatan tersebut jika ada insan yang lebih layak seperti Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Minat sentiasa ada (dalam bola sepak dan FAM) tetapi kalau ada yang saya rasa boleh jaga FAM dengan lebih baik, tidak perlu saya berebut. Kalau tanya saya, TMJ layak…beliau boleh membawa satu perubahan besar kepada bola sepak Malaysia.

“Tetapi, TMJ tidak dapat bekerja bersendirian, beliau perlu membentuk satu pasukan kerja yang baik dan ikhlas. Namun, jika TMJ tidak sanggup ambil alih FAM seperti yang beliau katakan sebelum ini, saya sedia tawarkan diri. katanya.

Masalah kewangan merupakan antara punca TSAM melepaskan jawatan presiden KAFA, namun bagi TSAM menguruskan FAM berbeza kerana kewangan bukan masalah utama bagi FAM malah mampu menjana pendapatan.

“Sebagai contoh, di KAFA tidak ada orang yang menolong, jadi saya kena cari duit berbelas juta setiap musim tapi di peringkat kebangsaan, masalah FAM tidak besar sebab liga itu sendiri kalau diuruskan dengan baik memang boleh menjana pendapatan sehingga RM50 ke RM70 juta setahun.

“Kewangan bukan masalah dalam FAM tetapi cabaran sebenar ialah kepimpinan dan juga pelan induk FAM sendiri untuk memperbaiki mutu bola sepak dan penambahbaikan skuad negara secara jangka panjang,” katanya.

TSAM dalam pada itu mencadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti beliau di KAFA. Menurut Anuar cadangan itu munasabah kerana hampir semua negeri lain persatuan bola sepak diterajui oleh Menteri Besar.

“Di negeri lain, MB sendiri yang urus pasal bola, jadi Kelantan juga patutnya begitu sebab kerajaan negeri lebih mudah nak urus cari kewangan, cari dana.

Hidup Anuar! Biar semua orang politik duduk dalam persatuan bola sepak.