Antonio Conte Ditawarkan £50juta Untuk Kembali ke Serie A

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Kelab Serie A, Internazionale, dikatakan sedia berbelanja besar untuk membawa Antonio Conte ke San Siro, bagi memperkuatkan cabaran pasukan Nerazzuri tersebut pada musim depan, menurut satu laporan Gazzetta dello Sport.

Inter dikatakan menawarkan gaji sebanyak hampir £10 juta (RM55 juta) setahun, untuk tempoh lima tahun kepada bekas pengendali Juventus tersebut.

Inter, sekarang ini diuruskan oleh Stefano Piolo, berazam mahu menjadi gergasi Eropah semula selepas pembelian konsortium dari China, Suning Commerce Group Co Ltd, dan pemilik kelab yang baru ini nekad untuk mendapatkan sama ada Conte atau Simeone.

Sesiapa sahaja yang dilantik nanti perlu mencapai target sekurang-kurangnya layak ke Liga Juara-juara. Setakat 32 perlawanan pada musim ini, Inter Milan terperosok di tangga ketujuh dengan 56 mata, dua mata di belakang pasukan jiran, AC Milan.

Conte, 47 tahun. sudah pasti seorang yang mempunyai pengetahuan luas mengenai Serie A, memandangkan dia pernah bermain dan melatih kelab di liga tersebut.

Conte ketika bermain untuk Juventus.

Kejayaannya membawa Juventus menjulang Scudetto tiga musim berturut-turut ; 2011-12, 2012-13 dan 2013-14. Conte kemudiannya mengemudi pasukan kebangsaan Itali bermula selepas Piala Dunia 2014, dan membawa Azzuri ke peringkat suku akhir Kejohanan Eropah 2016 di Perancis.

Bersama Chelsea, dia membawa pasukan Roman Abramovich tersebut daripada pasukan belasahan, sehingga mendahului takhta liga sejak lebih 120 hari yang lalu. Meskipun dikatakan bakal kembali ke Itali, pengurus yang diberi gelaran The Godfather ini menepis dakwaan tersebut, dan mahu berada di England unttuk tempoh yang lebih lama lagi.

"Aku rasa aku nak tinggal di sini lagi. Aku pun suka duduk kat sini, itu yang paling penting. Aku cukup pantang dan tak suka bila aku dengan orang lain bercakap pasal aku, atau bagi pihak aku.

"Aku ada dua tahun lagi kontrak dengan Chelsea dan itulah yang sebetul-betulnya. Aku pun tak faham kenapa ramai orang cerita pasal aku ke Inter. Lahanat betul.

"Tapi tu lah, biasa lah tu orang jual nama aku. Aku dulu kan kerja di Itali, dan aku rasa diorang nak aku balik ke sana,' jawab Conte dengan tenang, selepas ditanya mengenai perkara ini.

Jawapan ini pastinya melegakan penyokong Chelsea yang baru nak merasai bahagia setelah setahun menderita.

Sumber berita : The Sun




Paparkan Komen